02 September 2015

Ultraman Live In Genting

Memandangkan sekarang ada show Ultraman di genting eida pun booking la nak bawa aqil yang suker sangat ngan ultraman tu gi tengok yg live punya. So booking tarikh 28 Feb - 1 Mac. Tarikh ni merangkap sekali celebrate birthday abang dan aqil sekalilah kot.

So pergi naik kereta, parking kat cable car. Naik cable car ke sana, kebetulan duduk kat First World Hotel tak jauh dari cable car tu pun. Excitedlah anak² terutama aqil sebab mlm ni boleh tengok ultraman, emm layankan ajalah.


Di Cable Car
Nak tengok Show Ultraman Live 

Santai² petang di Genting

21 April 2015

Happy Birthday Abang...

Even birthday abang tarikhnya wujud 4 tahun sekali, tetapi tetap disambut setiap tahun. Alhamdulillah tahun ni genaplah umur yang ke 39 tahun, makin melangkah usia ke angka 4... anyway itu sekadar nombor, yang penting keimanan dan ketakwaan meningkat sejajar dengan meningkatnya usia ini. Insya Allah... semoga abang menjadi imam dan pembimbing kami semua ke jalan yang direhai Allah.


Happy Birthday Kakak Hasya

Tarikh 26 Februari 2015.... maka genaplah umur kakak hasya 7 tahun, Alhamdulillah kakak hasya membesar menjadi anak yang bijak dan sihat. Semoga Kakak Hasya berjaya didunia dan diakhirat, itulah doa Ummi senantiasa mengiring kakak.

Selalunya akan disambut secara bersederhana, memang tak pernah ajar anak utk menyambut secara besar-besaran sekadar kita mengingati tarikh lahir dia. Kali ni macam biasa, kek kakak akan request nak kek gambar camana. So this time nak kek Frozen ada gambar kakak sekali. Tempat kat ofismate jer lah senang dan mudah nak ambik.

26 Februari tu hari khamis, hari sekolah dan hari bekerja so malam tu gi makan² kat Cafe D'Manggis Steamboat & BBQ. Tempat ni pun kakak yang pilih, so oklah simple² cukuplah janji kakak happy. Dah besar anak Ummi sekarang ni.... sayang kakak.




 Kek Birthday : Cheese Cake


 Kenangan Kakak dari baru lahir sehingga 7 tahun.

24 March 2015

Jalan² ke PD - Cuti Chinese New Year

Sebenarnya jalan² ke sini tujuannya nak bawa semua family eida, dah lama tak bawa mak ayah keluar jalan² tapi tak sangak tak kesampaian bila Arwah ayah dah pergi meninggalkan kami semua. Maka aku satu family jer la ke sana dah booking apartment 3 bilik kat RPP Port Dickson tu. Sekarang ni dibawah pengurusan Puteri Beach Resort... dah ada pool dan apartment yg baru. So ini first time try kat sini.

Dapat booking 20-21 Feb 2015. Bukan nak happy² sangat pun bila mengenangkan arwah ayah baru jer pergi tapi tak pergi sayang lak, so jadilah bawa anak² ke sana utk dorang happy²... jadilah percutian 2 hari 1 malam.

Dah selesai kami terus balik kampung nak buat kenduri tahlil pulak malam tu.

 On the way jalan jammed teruk kalau musim² perayaan ni..

 Kakak dan Aqil jer lah happy mandi pool dan pantai

Balik dah kepenatan sakan main air

Semoga Arwah Ayah Tenang Disana

Tarik 10 Feb 2015 memang takkan aku lupakan dimana pukul 9.15pm aku terima panggilan dari adikku yang duduk kat Shah Alam mengatakan ayah dah meninggal... Allhu akbar, Allah lebih menyanyanginya. Baru jer weekend ni kami semua dik beradik berkumpul dan tak sangka itulah kali terakhir kami bersembang dengan ayah.

Dalam keadaan terperanjat aku bertanyakan punca meninggalnya adalah disebabkan sakit perut sahaja. Memang ayah bukanlah sihat kerana dia dah tak boleh nak jalan, dalam rumah pun menggunakan kerusi roda tapi dia sihat dan boleh uruskan diri sendiri. Tapi tak sangka pada malam itu dia meninggalkan kami semua.

Aku terus bersiap packing baju aku sekeluarga apa yang tercapai jer, lepas tu gerak balik. Dah ramai orang kampung kat rumah ku masa tu, Ayah meninggal di hospital lepas magrib mak dan adik aku bawa ke hospital. Dalam pukul 1.00pagi jugaklah baru boleh dibawa pulang. Nasib baik tak kena buat post mortem bagai, kalau tidak lagi lewatlah jawabnya.

Al-Fatihah buat ayah semoga tenang disana.

Tinggal kenangan