17 September 2009

Berbuka di Klang, Bersahur di Lui Timur

Hari ni aku sekeluarga telah pergi ke rumah Along, kononnya nak mengambil baju raya ku sebab nak beli tudung, emm hampeh!! rupanya kakak ipar ku tak siapkan lagi baju ku itu. Nak kata apa tak kan nak marah lak, emm dari 6 pasang yang ku tempah dia boleh siapkan 3 pasang aja.... aduh hai!!! tapi tak kisahlah janji ada baju. Lepas tu dah alang-alang datang sana, kitorang berbuka kat sana... malam lepas berbuka dan solat, kitorang pun gerak balik ke rumah. Apa yang mampu ku bawa adalah perca kain, sebab nak beli tudung kena match ngan kainnya. On the way nak sampai ke rumah Along call Abang, katanya ayah sakit dan tak boleh nak cakap, air liur pun dah meleleh aja. Lepas tu dah tak boleh nak gerak dah!! confirmlah abang risau, terus buat decision balik kampung malam ni jugak.

Emm aku nak kata apa!!! dalam hati aduh hai!! confirm penat balik sini nanti sebab dah lah baju tak cuci lagi utk ahad punya stok. So aku pun sampai aja kat rumah terus mengemas barang. Yang penting baju anak², setakat baju aku dan abang tak adalah kisahkan sangat. Dah siap mengemas kitorang terus gerak balik, abang betul² berhenti masa isi minyak aja. Aku lak duduk kat belakang apa lagi tido ZzzZzz sama anak² mana tahan mata ni. Kasihan gak pada abang tapi dah siap pesan awal² kalo ngantuk berhenti tido jap.... hehehe (sayang abang aku tu)

Sampai sana pukul 1am, emm bukan leh tido, tambahan bila along satu family dah sampai, anak² ku memang ku paksa tido. Kalo tidak lagilah susah nak tido nanti... Emm sejarah hari ni aku sekeluarga apa tak nya berbuka pose kat rumah Along di Klang, dan sahur pagi kat rumah mak di Lui Timur.....

No comments:

Post a Comment