Minggu nak sambut pose ni aku dan makcik aku memang dah plan nak balik kampung dan sambut sesama. Emm seronok gak tu, mak dan ayah aku lagi suker nak pulak anak cucu diorang balik. So kitorang sesama cuti hari jumaat, abang tak leh cuti satu hari dia ambik 1/2 day aja. Tapi tak kisah sangat sebab asalakan leh balik hari jumaat tu jugak. Macam biasa pagi aku hantar anak-anaku ke rumah pengasuh sebab aku nak mengemas rumah. Kalau diorang ada sah dah aku tak leh nak buat apa....
Lepas jumaat abang balik, kitorang makan siap² sebab senang tak payah nak singgah kat mana² nanti. Makcik ku offer nak bawakan Hasya (anak sulung ku) emm aku bagi aja senang sikit dlm kereta nanti. So lepas jumaat ambik diorang kat rumah mamanya, lepas tu hantar Hasya kat Uwan dia (Makcikku) dan kitorang terus balik ke kampung. Emm macam biasalah kitorang sampai dulu, rupanya makciku banyak lak persinggahan dia. Patutlah tunggu² anakku tak sampai²..... diorang sampai lebih kurang pukul 7 lebih....
Emm dah semua balik macam biasalah, malam ni first utk pose, so memasing sibuk gi masjid nak solat terawikh, aku tak leh jointlah sampai anakku besar sikit. Emm tak apalah nampak gayanya... makan malam pun lewat lepas diorang balik, siap makan lemang sekali, rajin mak aku masak lemang dan rendang sebagainya.
No comments:
Post a Comment