02 March 2010

Cuti-Cuti di Bukit Tinggi 26 - 27 Feb 2010


On the way ke Bukit Tinggi (dalam kereta)....

Seperti yang dijanjikan lepas jumaat kitorang satu family gerak ke Bukit Tinggi, booking Selesa Resort, ingatkan kat area Bukit Tinggi tu, rupanya resort tu letaknya awal lagi dari exit ke Bukit Tinggi, so u turn semula. Emm jauh rupanya resort tu nak ke Bukit Tinggi yang ada byk tempat cantik² tu.... aduh hai dah bayar kena stay jugaklah. Sampai kat Selesa Resort tu cuma ada Padang Golf aja.... kalau nak jenjalan kena keluar dari sana.... dah tak ada pilihan petang tu kitorang keluar.... sekarang nak masuk semua tempat kena bayar.... tapi tak kisahlah, janji happy... mula-mula masuk kat Rabbit Park.... hehehe rabbitnya bodoh jer... hasya lak takut² berani nak sentuh rabbit tu. Lepas tu nampak orang naik keldai bukannya kuda (rupa seakan sama) nak naik gak, bila Ayah letakkan dia nangis... hehehe apalah Hasya ni.... dah bosan kat sana kitorang gi pulak ke Colmar Tropicale....

Kat Colmar Tropicale


Yang ni Gambar kat Rabbit Park


Sampai sana abg malas nak bawa kereta, tapi shuttle bus memang ada disediakan. So macam biasalah lepas dah dapat parking pergi naik shuttle bus ke Japanase Garden... emm leh tahan gak jauhnya... masa naik shuttle bus tu.... segerombolan pelancong iran memonopoli tempat duduk, diorang ni siap nyanyi sekuat² hati sambil tepuk² tangan, sukalah hasya dan aqil sama tepuk tangan sekali....

Sampai kat Japanase Garden tu jenuh gak jln kaki... aduh hai stroller Aqil tak bawa lenguh dukung dia (tp kalau bawa pun susah gak camana nak tolak naik tangga dan bukit² tu), pass pada abg lak, ingatkan jaga Hasya lagi senang rupanya lagi semput duk kejar dia aja... aduhai!! rasa serik nak bawa jalan dah.... dah penat turun dari sana tunggu shuttle bus balik ke Colmar Tropicale semula.... sampai sana jalan² dan posing² tangkap gambar aja....

Dah kepenatan balik semula bilik dan rilek jap... petang tu gi bawa hasya dan aqil ke swimming pool, punyalah seronok hasya sampai tak mahu balik bilik, emm terpaksa dukunglah jawabnya sebab ada Majlis Sambutan Maulidur Rasul kat situ.... tak kan nak duk situ lak.... ish! ish! ish! Dia punya nangis lah.... Masyaallah....


Gaya Aqil dan Hasya kat swimming pool

Esok lepas dah breakfast bawa dia mandi kat swimming pool semula, sampailah dia puas hati.... bila ajak balik dia kata "jom"..... kalau ditanya dia jawab "tak nak" tak payahlah jawabnya.... dah balik bilik mandi kemas² dan check out.....

Balik abang leh singgah kat Sailor Rest di Janda Baik yang kitorang pergi dulu.... emm owner resort tu layan punyalah bagus.... lagi cantik resort tu dihiasnya.....Abg plan nak booking satu malam utk bawa family dia kat sana lak.... emm ikut ajalah. Lepas dah lunch terus balik rumah... penatnya!!!

2 comments:

  1. nnt on la projek bandung kita ber4...aku dh ckp kt usop,dia ok jer...hehe

    ReplyDelete
  2. ok... nanti sama² heck kot ada offer air asia leh booking awal sikit.... aku pun dah ckp kat rashid dah.... hehehe

    ReplyDelete