28 - 30 Mei cuti balik kampung, emm sabar ajalah, balik Kampung aku dulu sebab adik aku ada so kena hantar dia balik dulu, hari khamis lepas ofis balik siap² terus balik ke kampung, emm nasib baik kampung aku tak jauh so tido semalam kat sana....
hari jumaat tu pulak, lepas breakfast balik lak ke kampung abg, emm keja mengangkut kain baju ajalah kitorang. Balik sana tido semalam jugak. Emm kebetulan lak along dan anjo pun ada balik sama so meriah gak lah.... malam tu siap buat bbq lagi.... hehehe biasalah kalau dah ramai² tu...
Sabtu petang lak, balik ke Johol rumah uwan lak, sebab dah lama gak tak jenguk uwan tu, camana nak balik selalu, dah 3 buah rumah kampung nak balik serentak memang tak bolehlah jawabnya. Dah lewat gak sampai, emm tapi tak kisahlah janji balik jenguk diorang ni. Fuhh !!! puas hati boleh balik semua sekali utk cuti 3 hari ni, walaupun kitorang tahu diorang semua tak puas. Tapi apa yang penting kitorang semua puas hati.... pagi ahad tu dalam pukul 11 abg ajak gi rumah kawan dia, (kawan sekolah dari sekolah rendah) dia buat kenduri akikah anak dia. Dah kebetulan ramai lak yg balik kampung diorang semua pakat² gi kenduri tu.... punyalah lama tak jumpa masing² tu.... dah besar anak masing² .... jadi macam ala² reunion lak bagi geng² abag tu.... dah hari macam nak hujan kitorang pun baliklah.... kitorang lak terus balik KL sebab esok dah nak keja lak.....
No comments:
Post a Comment