11 June 2010

Jalan-jalan ngan Anjo Family's

Weekend baru2 ni adik ipar aku datang ke rumah, actually dia tinggal kat Tanjung Malim, kalau nak datang sini pun bukan lah jauh sangat, pagi sabtu tu dia call kata nak datang sebab semua orang kat area rumah dia tak ada, tinggal kereta dia aja. So aku kata datang ajalah lagipun kitorang memang tak ada plan nak kemana-mana pun.

Emm dah orang nak datang rumah kelam kelibut sikitlah nak mengemas rumah sebab tahu2 ajalah rumah ni agak bersepah sikit, aku lak pantang kalau rumah bersepah orang lak nak datang. mesti nak bersihkan jugak, tapi abg emm tak kisah sangat tambahan lak setakat adik dia aja.... dah penat mengemas, nak gak masak sebab tak kan baru sampai tenaghari nak ajak makan kat luar lak, emm abg dah gi beli bahan nak masak yg simple jer lah dan senang nasi ayam.... dah penat mengemas prepared nak masak lak, emm belum masak lagi diorang dah dekat nak sampai,

dekat pukul 1pm gak diorang sampai tapi aku tak masak lagi ni, hidang ajalah air dulu. nasib baik tinggal nak goreng ayam dan hidang sikit2 jer lagi. Kasihan zaki dah lapar sebab dah pukul 1 lebih dah, emm barulah siap masak dan hidang. Lepas makan memasing dah kekenyang tido jer memasing tu, tp yg tak tido anak2 lah sebab dah ada kawan2, susah betul nak suruh tido. Akhirnya hasya tido gak sekejap. Tp Aqil langsung tak tido. Bila bangun tido kitorang keluar bawa diorang jalan dekat2 ni aja. Tanya diorang pernah pergi The Curve tak? Tak lagi, so bawa ajalah ke sana.

Nak senang parking masuk kat tesco jer sebab kitorang leh parking kat tempat baby. Confirm senang dpt parking. BAwa diorang masuk the curve, kelakar hasya, siap bawa Farish tu (sepupu) duk kat lepak kat tempat orang yg selalu nyanyi tu. Tp kebetulan diorang tak menyanyi lak, so terus jalan2.... kasihan farish sebab tak pernah masuk shopping yg besar2 macam tu semua dia takut, naik escalator ker atau naik lift nangis. Lepas tu siap bawa jalan sampai Ekano dan Ikea sekali, hajat hati nak gak belek kot ada berkenan nak membeli, tp sebab masing2 bawa anak2 yg tengah lasak, emmm nengok jer lah. Nak membeli tak leh bawa diorang ni, tak best nak shopping2 ni.

Dah penat jalan rilek jap lepas tu kitorang berhenti makan dulu. Lepas makan dah kenyang balik rumah, Anjo pun dah nak balik gak, ingatkan diorang nak tido sini...... ni ada lah gambar2 masa kitorang jalan2 tu... siap tangkap gambar ngan burung lagi, kebetulan kat Ikano, diorang buat pameran burung, adalah sikit2 burungnya.....

No comments:

Post a Comment