Cerita raya.... ouh !!! memang raya kali ni kurang seronok, sebabnya lepas aku baik dari demam, Aqil lak yang demam, emm berjangkit² lepas sorang sorang.... nak kata camana, akalu Aqil demam dengan aku² pun sama tak leh tido gak lah!!! kasihan sungguh.... dia jarang demam sekali demam selalunya teruklah.... sehari sebelum raya orang sibuk nak masak memasak, nasib baik makcik aku raya sama kali ni, so adalah org nak nolong mak masak lemang dan rendang kat dapur tu... aku tak leh kata apa dah lah dah lah aku pun kurang sihat tambah lagi ngan anak... lemah sungguh rasa badan ni.... yg aku tak tahan batuk aku tak baik lagi....
Hari ni lak panasnya tapi tetap pose gak, tahan jer lah lagipun hari last.... emm masa buka pose dah lah batuk.... aku bantai gak minum air batu.... emm lepas tu tanggung jer lah batuk yang tak henti², makan ubat dah dekat sebotol tp tak gak baik..... aduh menyesal tak sudah... dengan anak demam panas jugak suhu badan cecah 39C.... sabar ajalah
Raya Pertama....
Pagi ni bangun bersiap macam biasalah, yg lelaki sibuklah nak gi sembahyang raya kat masjid, yg perempuan..... duk sibuk mengemas dan aku lak biasalah sibuk menyiapkan anak bujang dan anak daraku.... hehehe puas hati, Aqil pakai baju melayu siap samping dan songkok sekali, jenuh cari samping Aqil tu, akhirnya dapat gak saiz xs dan warna yg kena ngan baju melayu dia.... yang kakak Hasya lak, alamak hai camana leh lupa belikan tudung dia, emm sibuklah nak pakai tudung bila nengok semua org pakai tudung, nasib baiklah ada tudung kecik maksu dia punya color hitam yg dah tak pakai, hehehe ngam² jer kat Hasya... barulah dia puas hati.... alahai anak Umi.... lepas diorang balik dari solat raya, minum pagi dulu, lewat gak makan nasi impit dan lemang hari ni, lepas tu acara salam² minta ampun dan maaf... dan collectuion duit raya utk anak² aku.... hehehe ramai ni....
Hari ni jumaat, so masa nak jln pun terhad gak lah, dalam pukul 12 kitorang jalan gi ke rumah dekat² jer... yg penting rumah saudara mara yang wajib jer.... tak yah bawa kereta kitorang jalan jer ramai²... kat area masjid jer dah ada 4 buah rumah yg kena pergi... aduh hai anak tak berapa sihat bawa gaklah... lepas tu bila time sembahyang jumaat yg lelaki terus gi masjid, sebab dekat jer... kitorang teruskan jalan... dah selesai balik rumah, penat sungguh.... balik rumah perut pun dah kenyang makan macam².... ada lak saudara mara dtg rumah.... petang pukul 5pm kitorang sambung jln semula.... mulanya pergi ke rumah jiran depan rumah tu, Mak Mok mesti ada ketupat daun palasnya... abg suker ke sana leh makan ketupat daun palas sebab gi rumah yg lain kebanyakan hidang lemang jer... lepas tu pergi ke rumah Pak long.... emm rumah dia tutup lak, tak ada orglah kat rumah, so kitorang teruskan jalan raya ke rumah Pak Tih pulak, emm jln saja hari ni.... sampai sana dah malam, lepas magrib tu kitorang dihidang mee goreng panas, sebab paktih pun baru balik dari jln raya... lepas tu kitorang serbu lak rumah dia... tp dah cukup kenyang dah hari ni makan jer. Lepas tu balik rumah memang dah penat giler, anak pun demam kejap ok bila makan ubat, lepas tu dah hilang ubat demam semula, kasihan betul nengok Aqil. Hasya dah ok dah lah....
Raya Kedua....
Hari ni memang tak ada kemana² turn saudara mara datang ke rumah lak, so layan ajalah tetamu yg dtg, hari ni kitorang masak lontong, ikut sapa yg datang awal dapatlah makan, kalau tidak hidang kuih raya jer lah, nak masak memasak memang dah tak larat dah. Anak aku lak demam lagi, kasihan sungguh, dah banyak ubat makan dah.... naik risau pun ada gak. Petang ni dah nak gerak ke rumah Nenek Abang lak kat Johol, emm mengangkut jer lah keja kitorang ni. Emm sempat gak jln raya kat rumah kawan abg masa on the way ke sana. Sekejap ajalah sebab anak tak berapa sihat. Sampai kat rumah Nenek Abg, rilek jap lepas magrib gi jln raya kat rumah mak ngah sebelah tu, confirm byk makanan. Malam ni siap hidang nasi goreng panas² lagi... lepas dah makan tu abg dah janji lak ngan kawan dia lagi sorang nak ke rumah dia mlm ni, p sempat gak gi klinik bawa Aqil, mak aii ramainya org sakit, lastnya kitorang beli ubat jer. Jalan lak ke rumah kawan abg, tp sekejap jer lah dah malam, bagusnya wife kawan dia siap dia buatkan makanan utk anak kitorang yg tak pedas lagi.... nak gak lah Aqil makan sikit. Hasya dah tak ada masalah dia makan ok jer. Lepas tu balik rumah....
Raya Ke Tiga...
to be continue.... panjang sangat cerita raya ni....
No comments:
Post a Comment