Raya ke tiga....
Pagi ni kat rumah Uwan Johol, kitorang semua nak pergi kenduri kat Rumah Angah di Tampin, sebab bertunang Along (sepupu abang) emm anak demam ke tak kena pergi gak lah!!! harap² Aqil ok dah lah hari ni.... ubat dah banyak makan tapi tak jugak !!! dah bersiap dekat pukul 12pm gak ke sana, sesampai sana orang dah makan dah lah!! apa lagi perut lapar terus ambik makanan, tp bagi anak makan dulu lepas diorang makan barulah aku leh makan lak.
Lepas makan rombongan meminang sampai, emm aku tak ambik kisah sangat pun, lebih kisah kan anak, emm dah panas semula badan Aqil lepas tu dia nak tido, nasib baik ruang bilik rehat tu tak ada orang baringkan Aqil kat situ. Dia tido lena gak lah, kasihan dia.
Dah habis majlis, ikutkan petang ni ada reunion geng² aku masa sekolah dulu, emm dah plan nak jumpa diorang dah. Tapi Aqil demam merengek jer. Kebetulan ada lak dukun, hehehe biasalah kat kampung kena lah berubat cara kampung lak, emm ngan tawar air dan sebagainya.... dalam pukul 5pm gak baru nak gerak jumpa geng² aku, tp jln Masyaallah jammed teruknya ikut jln sana jammed, sini pun jammed. Emm tak ada rezekilah jawabnya.... terpaksalah patah balik. Terus kitorang balik ke rumah mak kat Lui Timur lak, emm mengangkut jer lah ke sana sini cuti panjang ni jawabnya.
Raya ke 4
Hari ni duk rumah macam biasalah, abg ajak gi jln raya ke rumah kawan aku dah 14 tahun tak jumpa tu. Call dia rupanya rumah dia tak berapa jauh dari rumah mak mertuaku. So apa lagi janji ngan dia nak dtg tengahari ni. Hehehe anak dalam tak sihat pun jalan sakan jugak, tak sabar nak jumpa kawan lama tu dan baik sangat masa sama dengan dia dulu, akhirnya dalam tengahari sampai jugak aku kat rumah dia, emm biasalah duk kat kampung rumah buat atas tanah sendiri punyalah besar dan cantik rumah dia, emm kalau kat KL tak tahu berapa ratus ribu kalau macam ni punya besar. Emm dah jumpa dia buat nasi dagang... dia ni bapak orang kelantan, mak dia orang NS so masakan sana pun terror gak lah buatnya. Sedap aja makan sambil sembang², nasib baik abg leh joint sekali. Emm dah agak lama kitorang pun baliklah, singgah klinik jumpa doktor bawa Aqil. aduh hai stok ubat Aqil tak tahulah berapa banyak dah. Emm tapi hari ni dah nampak kurang demam tp yg masih tinggal berak² aja lak sampai merah dah. Petang duk lepak rumah jer lah....
Raya ke 5
Hari ni memang tak ada kemana, mananya nak pergi ke sini dah macam tak raya aja dah. Emm cuti panjang lak lagi. Emm ntah camana mood abg baik ajak balik kampungku semula. Emm aku pun ok jer, so apa lagi petang lepas dah makan aku packing balik ke Talang semula. Hehehe aku punya saudara terdekat masih ada lagi rumah yg tak pergi lagi ni. So macam biasalah terus balik ke Talang. Abg balik sana bukannya apa, adikku Ayoi still cuti lagi, dia kaki memancing so kalau balik sana dia leh pergi memancing. Itulah tujuan dia sebenarnya. Sampai jer dia tak lengah terus gi mancing. Tp aku tak kisah kalau dah kat rumah aku, gi lah mancing lama mana pun. Malam tu call Induk Juriah tanya samada ada kat rumah ker tak? Dia ada so mlm lepas magrib gi ke rumah dia, bawa ayah sekalilah. Sampai sana confirm makan nasi punya, hehehe makan saja. Kak Lang (sepupu eida duk kat sana gak) buat majlis harijadi anak dia, dah kebetulan kitorang ada sana terus dia jemput ke rumah dia lak, emm makan lagi. Tapi dah tak larat dah kenyang sungguh rasanya.
Raya ke 6
Hari ni last kot jalan raya kat kampung rumah Uwan sebelah ayah lak, emm Uwan tu pun dah tak berapa sihat jugak tu. Pagi dlm pukul 11.00am, sampai sana orang lain semua dah balik belaka, tak kisahlah sapa ada pun janji kitorang datang beraya. Sampai sana Maktih marah sebab kitorang selalu datang serbu jer... hehehehe kenalah dia masak lagi. Emm kitorang datang bukan nak makan cuma nak jenjalan jer... dah dia nak masak ok jer... Hasya dan Aqil lari aja... lantak koranglah rumah besar.... lepas makan baru balik rumah semula. Petang lepak jer lah kat rumah. Malam lepas makan malam balik KL, abg hari jumaat kerja lak, kalau tidak boleh lepak kat kampung lagi.
No comments:
Post a Comment