25 October 2010

Mandi Manda Lagi!!! Ulu Yam

Emm duk kat KL ni apa lagi aktiviti kalau weekend, mesti nak jalan kemana² asalkan keluar dari rumah, lagi satu kasihan gak kat anak seba weekdays asyik duk rumah babysitter dan bawa balik umah, so kalau hari cuti aja, Hasya pun dah pandai ajak gi jalan.

Emm hari sabtu tu dah bawa dah windows shopping kat OU, emm ada aja aktiviti kat situ, Maybank lak ada untuk bebudak nya aktiviti, so sukalah Hasya dan Aqil, sibuklah sama nak mewarna wal hal tak pandai mana pun laei....

Hari ahad petang tu pulak, bosannya lepas dah amkan tetiba abang ajak gi mandi kat Ulu Yam, emm tak pernah pergi pun sana, lalu adalah kat sana tu. So aku pun apa lagi lepas dah bagi anak² makan terus packing baju dan packing makanan apa yang ada bawa aja, sempat eida buat air sebotol sebagai bekalan selain susu bebudak ni. So kitorang terus gi sana, tak jauh mana pun dalam 35 minit dah smapai sana dah, emm nak masuk pun kena bayar RM1 sorang... tak kisahlah sangat. Emm dah tu hasya excited masuk sungai, sekarang ni jenuh nak menjawab soklan dia.... Hasya "Apa tu Umi?" aku jawab "Sungai", lepas tu dia tanya lagi "Sungai apa tu Umi"... Aku jawab lagi "Sungai Ulu Yam" Dia tanya lagi "Ulu Yam tu apa Mi?" aku jawab lagi "Ulu Yam kat Selangor" dah jawab macam tu dia tanya lagi "Selangor tu apa?" aduh hai aku pun tak tahu nak jawab apa.... emm tapi kena jawab gak kalau tidak terbantut lak perkembangan anak² kalau kita sekat macam tu....

Mandi sungai tahu ajalah punyalah sejuk airnya..... Aqil mula² nangis, abang lak saja jer siram air kat dia, hehehe aku biarkan aja.... tak macam Hasya dia terus masuk sungai, bukan kira sejuk ker tak?.... punyalah lama dia masuk sampai dah terketar² bibir dia.... aku sapukan roti dengan kaya dan butter.... hehehe lapar agaknya main air boleh dia dan aqil makan. Aku mulanya malas nak mandi tapi disebabkan aqil tak nak masuk sorang kenalah aku joint sama..... dah tu dekat pukul 5pm ajak balik... tak nak lak dua² tu... aqil tu selalu macam tu, mula² takut dah nak balik baru dia nak main air lak.... sabar ajalah.....

No comments:

Post a Comment