17 December 2010

Outstation to Sabah & Penang

Dah lama betul tak update..... actually banyak sangat keja dah nak hujung² tahun ni, maklumlah hujung tahun jer, bila budget tak habis baru nak bagi kat IT untuk dihabiskan !!! selalunya macam ni lah dah tahu dah lah....

Dan dihujung² tahun ni banyak lak kena outstation.... hujung bulan 11 hari tu aku ke Sabah, dari 23 - 25 November.... Program Integrasi Nasional - emm jenjalan aja lebihnya..... kebanyakan tempat yang dibawa pergi tu adalah tempat yang aku satu family pergi dalam bulan Julai hari tu... so aku tak adalah excited sangat.... mana yg tak pernah pergi tu bestlah.... kalau ikutkan ada program untuk jalan² ke pulau tapi memandangkan keadaan laut yang bergelora so terpaksa dibatalkan... anyway next time ok......

Awal December ni aku dipanggil oleh IT Kementerian untuk membantu buat taklimat Sistem di Zon Utara, Penang from 8 - 10 December, emm dah diarahkan kena pergilah jawabnya. So macam biasalah..... malas nak drive booking flight jer.... even dekat..... emm penat sungguh sebab nak ajar dorang gunakan sistem baru.... mana yang senang diajar tu senanglah tapi mana yg susah... sesabar bebanyaklah jawabnya.

Ini bermakna dalam tempoh yang terdekat ni dah 2 kali aku tinggalkan anak² ngan hubby aku... so far nampak ok... so tak ada masalah kalau aku lepas ni kena outstation selalu.... risau gak ni kalau IT kementerian atau HQ libatkan aku ngan satu sistem yang besar ni dalam perancangan tahun hadapan akan di ajar ke negeri² lain....

No comments:

Post a Comment