Kisah sedih dan mengejutkan kami semua.... bapa mertua telah pergi buat selama-lamanya......
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Ia berlaku semasa aku sekeluarga pergi beraya ke rumah kawan merangkap melawat kawan yang baru jer bersalin dapat baby baru. Emm tengah syok sembang², tetiba abg dapat call, tapi aku ni tak tahu cerita ok jer mulanya.... tapi nampak muka dia lain macam dan ajak balik. Yang aku ni dah lama tak jumpa kawan duk leka lagi, kalau dia bagitahu aku dah bangun balik dah. Dah 2 ke 3 kali ajak aku balik. So aku pun balik, keluar dari rumah dia cakap ayah dah meninggal... terperanjat nya sebab masa raya baru² ni kitorang jumpa dia ok jer. Cuma sakit yang biasa tu ajalah, tp dah nampak makin baiklah.
Emm so apa lagi terus balik rumah nak packing dulu, confirm kena cuti dlm 2-3 hari jugak. Dugaan Allah jalan jammedlah pulak, ambik masa satu jam gak sampai rumah. Anak² dah penat dan mengantuk, apa taknya dari petang tadi keluar jalan sampai ke Bukit Mahkota dah lepas tu mengamuk nak susu dan nak tido. Aku lak sibuk nak packing baju, minta abg packing botol² susu dan susu diorang. Botol kena bawa lebih mana sempat nak cuci setiap kali nak susu. dah siap dalam pukul 12am gak kitorang gerak balik. Aku masa on the way memang lenalah jawabnya. Anak² pun sama kasihan abg drive sorang.... sampai kat Senawang sama lak sampai dengan Abg Sagap (Abg nombor 3) dia dari Tanjung Malim. Emm adalah geng abang drive balik sampai ke rumah dia. Sesampai sana semua dah duk atas mengaji dan sedekahkan untuk arwah. Anak² aku lena terus angkat tidokan kat dlm bilik, emm mana dapat jer lah. Tak lama lepas tu ramai dah lah yg sampai.
Pagi tu semua dah diberi tugasan, yang uruskan pasal permohonan permit, nasib baik malam tu Abg Long dah uruskan yg mana patut. Hari ni abang antara orang yang sibuk, so aku kena uruskan anak²lah. Nasib baik anak dah besar sikit so tak adalah suah sangat. Emm mak, adik dan mak saudara aku pun dtg ziarah jugaklah. Urusan pengebumian selesai sebelum Zohor, Alhamdulillah semua dapat tengok, termasuk adik ipar aku yg belajar kat Kelantan tu....
Aku dan abg ambik cuti sampai rabu jugaklah sampai selesai majlis tahlil untuk 3 malam.... kasihanlah mak mertua duk sorang jer lepas ni. Semoga semuanya Selamat....
No comments:
Post a Comment