26 April 2011

Happy Birthday Aqil!!!

Tanggal 20.04.2011 genaplah umur Aqil 2 tahun. Dah besar anak Umi ni..... tak adalah nak celebrate besar-besaran sangat tapi cukuplah sekadar untuk mengingati tarikh tersebut buat anak bujang Umi tu.
Tahun ni aku tempahkan kek birthday aqil kat kawan aku jer, dia boleh tempah macam² design ikut pilihan sendiri. Dah anak aku tu sebut nak Ben 10 jer, tempahkan kek Ben 10. Birthdaynya jatuh pada hari Rabu, aku pun terus apply cuti hari tersebut. Abang aku ajak jugak cuti tapi tak boleh katanya, malas lah beriyer bebenar ajaknya. Dia joint petang lepas balik keja tu....

Aku plan nak potong kek kat rumah Mama Aqil jer, sebab kat sana ada kengkawan dia. Ramailah sikit lagipun tak yah susah² aku nak buat nanti, bawa ke sana ajalah.

Pagi hari tu, aku hantar anak macam biasa kat rumah Mama dia. Lepas tu aku kena ambik kek kat kawan aku tu. Ofis dia kat Mid Valley, so kat sanalah aku jawabnya hari ni. Dalam pukul 11.30am, aku keluar gi Mid Valley, aduh rupa²nya hari ni Jusco member's day.... emm confirm parking penuh nanti ni. Cadangnya kalau dapat parking nak jugak singgah jap, sesampai di sana confirm parking penuh, malas nak singgah mana² so aku tunggu Angah dalam kereta ajalah. Call dia dan tunggu jap, lepas dah bayar aku pun balik rumah.

Petang lepas asar konon nak belikan KFCsebagai tambahan menu tapi hari hujan selebat²nya so takut lak kalau nak keluar banjir kat simpang 4 tu, emm malas nak ambik risiko, aku belikan nugget jer, aduh kasihan tak dapat nak beli kan KFC, gorengkan nugget lepas tu aku bawak gi rumah kakak tu, sesampai jer akak tu dah siap buat menu tambahan iaitu bihun goreng dan karipap, air pun dia dah buatkan, siap hias² rumah dia ngan belon lagi.... hehehehe Mama Aqil lak yang lebih beriyer dari Uminya.... kakak tu siap ajak lagi jiran dekat² untuk meramaikan bebudak kat rumah dia....

Emm buka kek suka Aqil nengok kek Ben 10, tapi Kakak Hasya lagi excited, sabar ajalah aku nengok eh. Dah potong² kek bagilah kawan² Aqil dan Kakak Hasya makan....

Ni antara gambar-gambar masa Small Celebration Birthday Aqil....

Ni Jajan buat kengkawan Aqil

Tengah menunggu untuk Aqil potong kek....

Aqil potong kek dia, tapi kakak tumpang sekaki....



Kek Birthday Aqil....

HAPPY BIRTHDAY 2 YEAR'S OLD AQIL HAQIMI...
WE LOVE U

FROM UMI, AYAH AND KAKAK HASYA

No comments:

Post a Comment