Minggu ni aku ada training sistem SPMOKU (Sistem Pembangunan Maklumat Orang Kurang Upaya) di Hotel Allson Putra Nilai. Memandangkan tempat tu aku tahu so malas lah nak booking transport office, baik aku gi sendiri jer, senang aku nak balik atau nak keluar gi memana nanti.
Training ni selama 4 hari dari 11 - 14 April. So seronoklah aku leh keluar dari ofis. Cuma kena tinggalkan anak2 ajalah, sebab dorang ni jarang kena tinggalkan.... emm pepandai ayahlah nanti.
Masalah pulak bila pengasuh minta cuti hari rabu dan khamis sebab anak dia nak buat operation, so kitorang terpaksa cari jln lain nak hantar anak kemana sebab abg tak leh cuti sampai 2 hari, call mak kat kampung dia kata hantar jer lah balik kampung. Tapi dia nak gi hospital lak hantar zaty, so call lak Induk Siah kot Along dah mula cuti untuk jaga satu hari jer, rabu tu. Dia kata Along dah cuti, lepas tu dia pun leh cuti gak sebab nak jaga anak-anakku. Fuh!! lega sungguh rasanya. Bolehlah eida gi ngan tenang.
Harap-harap semua ok dan berjalan ngan lancar.....
No comments:
Post a Comment