27 March 2012

Hand, Foot and Mouth Disease

Emmm tak sangka belum sampai sebulan kakak dan aqil duk kat Taska dah kena lak sakitni... nak kata apa, nak tak nak kena kuarantinlah seminggu. Emm aku lak kebetulannya memang ada Bengkel kat Putrajaya, tapi dah Hasya kena macam ni terpaksalah aku cari pengganti untuk tempat aku kat sana. Emm kasihan aku nengok Hasya, teruk gak rupanya simptomnya.... mulanya tumbuh bintik² merah, lepas tu berair lak, dah kering macam berkudis jer. Penyakit ni berjangkit, doktor pesan jgn bagi kakak dan adik main sama, macamana nak larang lagi aku larang lagi dia suka main siap peluk² lagi, bila kakak dan nak baik adik lak kena, emm lagi teruk kalau melayan karenah Aqil. Dia bukan jenis tahan sakit, sungguhlah menguji kesabaran. So isnin aku EL, selasa abg lak cuti, rabu dan khamis aku ambik mc jer lah jawabnya... tengah pikir jumaat ni camana sebab abg tak leh cuti dah limit sebulan 2x. Last 2 weeks dia dah EL jugak sebab Aqil demam. Sekarang cuti lagi dah habis limit so tengoklah jumaat aku apply AL lah jawabnya. Nasib baiklah cuti byk lagi. Anak-anak... macam nilah jawabnya.

No comments:

Post a Comment