02 March 2012

TASKA Baru...


Mulai 26 Feb 2012 Hasya dan Aqil tinggal kat Taska baru, dari semalam lagi aku dah pujuk Aqil untuk tinggal kat tempat baru, emm siap cakap nanti lepas Umi balik keja Umi ambik Aqil, dia siap request "Nanti Umi peluk Aqil tau", aku iyerkan ajalah. Isnin tu aku hantar tak adalah pagi sangat siap tunggu dorang bangun tido, mandi dulu dah breakfast baru hantar. So lepas hantar jer bagitau pengasuh tu keperluan dorang eida pun balik, Muka Aqil dah lain macam, kakak lak excited siap babai lagi. Emm dari tunggu lama² baik gerak balik jer. Dorang ingat aku gi keja. Emmm dah pesan kat pengasuh tu kalau apa² call ajalah aku. So balik rumah continue kemas² lagi. Masalah betul; nak letak baju yg dah tak pakai ni, baju anak, baju aku dan baju abg. Nak buang sayang sebab elok lagi nak sedekah tak tahu nak bagi sapa, emm biarlah duk dlm kotak dulu. Lepas tu pulak eida keluar gi beli barang dapur, kat sini kena ada stok lah jawabnya sebab kedai jauh sikit. Susah kalau ada barang yang tak ada nak gi beli kena keluar. Dah selesai kemaskan semua. Petang dalam pukul 5.00 aku gi ambik anak aku. Alhamdulillah so far ok jer sebab dorang seronok kat taska ni ada macam² permainan dan aktiviti yang seronok. Paling tak leh tahan Aqil ingat lagi suruh aku peluk dia, ntah camana aku leh lupa, siap dia cakap kuat lagi tu "Umi kata nak peluk Aqil bila datang ambik" Aduh hai gelak pengasuh tu tengok gelagat Aqil. So far oklah lega sungguh rasanya. Emm dengar citer Hasya dan Aqil ajalah jawabnya.... so layan aja, itulah pengubat stress lepas dah penat bekerja...  




Gambar Passport Hasya dan Aqil nak masuk Taska

No comments:

Post a Comment