Walaupun dah berlalu tapi nak masuk gak dalam ceritera raya tahun ini....
Turn raya haji tahun ni kat rumah mak mertua, kebetulah jatuh raya haji hari ahad cuti bersambung smapai isnin jadi ramai adik beradik abang ada balik. So kitorang plan nak buat BBQ, kambing bakar lah. Jadi malam sebelum balik abg gi beli kambing sekor kat Pasar Borong Selayang (kalau tak silap) dah siap sembelih dan cuci. cuma kena marinate sendirilah, kalau beli yang dah siap semua tu mahu cecah 1K++ jugak kot. Emm pepandailah jawabnya, konon nak minta tolong jiran kat rumah dia memang pandai bab masak memasak ni, tapi dia tak dapat lak, dia bagi resepi jadi pepandai kitoranglah jawabnya.
Bawa balik tong besar nak ini sekor kambing. Sampai kampung terus keluarkan, anak buah dan adik ipas satu family memang dah sampai minta tolong dorang, yang merinate eida dan abg. Kalau tak sedap nasiblah yer, kami bukan pakar bab masak memasak ni. Dah merinate biarkan aja, malam raya berkumpul ada 3 orang adik beradik abg tak balik, Along balik esok, lepas korban di rumahnya.
Pagi raya semua dah ke masjid, balik tu baru makan², lepas tu mak ajak ke rumah Uwan kat Johol, sampai sana Maktih ada masak nasi minyak, perut dah lapar sedap jer makan. Petang balik Lui semula, malam ni nak membakar kambing.
Lepas magrib dah mula, tak ada kambing golek pun setakat bakar atas jaring jer guna arang, emm sedap dan puas harilah, sebagai menu tambahan buat coslow dan cocktail. Emm seronok lak buat makan² macam ni. Puas hati dan sedap.
No comments:
Post a Comment