24 November 2014

Jalan-Jalan ke Singapura : Day 1

Pepagi lagi dah bangun bersiap nak ke KLIA2, dalam 6.50am En.Ipin dah datang nak hantar kitorang satu family nak naik bas kat Paradigm Mall, kali ni memang adventure sikit, bawa anak² naik bas sampai ke KLIA2, lepas tu dah masuk luggage semua ada 1.30 jam lagi nak flight, lepak minum kat cafe dulu. Baru seronok cuti dan bersantai. Dah time boarding masuk. Flight ke Singapura dalam sejam jer, tapi dah airportnya besar rasa macam jauh sangatlah. Dah sampai airport Changi, emm pepandai sendiri cari direction nak ke MRTnya, sebab booking hotel tu dekat dengan MRT Station. Nak ke MRT Station tu kena naik ERL yang disediakan percuma jer naiknya. Mak aii besar lah MRT Stationnya, dah survey kengkawan yg datang jln sini, katanya kalau kat sini lebih baik ambik kad MRT Tourist Card, untuk tempoh 3 hari kena bayar $30 sorang dewasa, nasib baik bebudak free tapi still dia bagi card nak keluar masuk mrt dan bas nya. Boleh naik berapa banyak satu hari nak kemana dan dimana jua nak pergi.

Dah dapat card mrt terus check in hotel, Hotel Fragrance Emerald. Kata dekat ngan station mrt, tapi kalau jalan kaki letih gak lah. Nasib baik bas banyak lalu kat hotel tu. Janji tahu jalan, bagusnya sistem transportation semua maklumat lengkap kat station basnya. Jadinya naik bas ke hotel, Dah check in, mak aii penatnya. Rehat dulu tanya kat receptionist restoren terdekat yang halal ada 2 jer.. emm tak kisahlah bukan nak makan area sini sangat pun nanti. Dah rehat keluar makan janji perut berisi, anak² dah makan nasi ayam, duk dlm flight sekejap nak beli makanan jugak, tak habis bawa bekal sampai hotel. Dah makan jalan² area Marina Bay dan Merlin Park. Dah kepenatan balik hotel, malam lak pergi makan ke Zam Zam Beriani berdekatan dengan Masjid Sultan kat sana. Sesampai sana memang ramai orang. Dah makan rasa macam biasa jer tak adalah sedap sangat berianinya. Tapi murtabaknya Singapuranya memang sedaplah.













No comments:

Post a Comment