06 October 2009

Kereta Ku!!!!

Aduhai!!! lepas² raya ni nak kena hantar servis kereta lak, emm dah lama tak buat major servis, so terpaksalah, mulanya duit ni nak simpan dlam ASB tapi dah memandangkan kereta penting untuk di servis, kenalah dahulukan yang itu dulu.

Pepagi abang dah keluar beli spare part dulu, lepas tu terus hantar ke bengkel yang dia selalu hantar tu, emm dah ambik masa lama nak baiki abang balik rumah naik teksi. Emm jauh tu memang patut kena tambang teksi sampai RM20.00

Emm menurut kata abang banyak benda yang perlu ditukar, aduh hai budget RM 1K aja ni, kalau lebih emm larilah budget jawabnya. Tapi apa-apapun kena tunggu sampai malam esok. Sebab dah janji nak ambik malam esok.

Esoknya malam, lepas kitorang balik dari Klang (Rumah Along) abang keluar gi ambik kereta lak, minta tolong kawan dia bawa kete dia dan dia akan bawa balik kete eida. Emm risau gak duit tak cukup, eida bagi kad atm pada abg keluarkan duit kalau tak cukup. Emm lepas dah kira dan bayar kena RM 1250.00 emm aduh hai banyak tu, tapi abang kata semua dah tuka rbaru so memang tak ada masalah dah lah. Kalau tak tukar nanti kalau problem nanti lagi banyak kenanya. Abang maklumkan macam tu lah katanya.

Emm redha ajalah, tinggal budget ni pun ngam² ajalah jawabnya. Aduh hai tak leh nak shopping² sangat dah lah.... sabar ajalah jawabnya.

28 September 2009

Raya.. Raya.. Raya Lagi

Inilah cerita rayaku : SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI KAMI SEKELUARGA.....
Tahun ni raya dah jadi berempat.... sebab dah menambah bilangan keluarga, maka dengan ini belanja keluarga otomatik meningkat naik....


18 Sept kami pepagi lepas solat subuh dah bergerak balik ke kampung dah, anak-anak balik dengan baju tido aja, tak payah nak mandi nanti lagi lambat sampai, lagipun nak mengelakkan jammed. Raya tahun ni turn rumah Hubby, tapi memandangkan dah lalu simpang rumah aku dulu, so cakap ngan hubby nak singgah rumah hantar barang dan esok baru balik ke rumah dia. Nasib baiklah hubby setuju sebab dia ada urusan lain, nak singgah kat rumah nenek dia nak tolong kemaskan rumah apa yang patut. Awal sampai kampung ku dalam pukul 9 lebih. Adik ku Mira yg belajar di UUM ni pun baru sampai pagi ni. Hubby kejap aja lepas tu dia pergi rumah nenek dia dan pesannya nak berbuka pose kat sana. Aku ok aja kalau kat rumah sendiri. Anak-anakku ramai yang boleh melayan dia. Patang tu hubby call bagitau ajak balik rumah mak dia malam ni pulak, emm ikut ajalah lagipun apa salahnya. Malam lepas berbuka pose aku pun siap nak balik kampung hubby lak, sebab esok dia nak belikan lauk utk mak dia lak.....

19 Sept Kat rumah hubby, hari ni sibuk masak lemang, buat rendang dan masak sup tulang, emm pepagi lagi biras aku 2 orang pergi beli lauk untuk dimasak, tugas abang ipar aku pulak pergi beli barang rumah sebab semua brg dah habis. Aku tak dapat nak menolong sangat sebab aku ada hero dan heroin yang perlu dijaga. Emm bukan alasan tapi itulah hakikatnya.... tak kisah sangat diorang pun faham, emm banyak keja dan penat sungguh hari ni. Dengan cuaca panas lagi, jenuh menjaga api lemang dan masak rendang dan sebagainya.... waktu berbuka pose tu makan nasi dengan sup dan rendang. Anak daraku suka betul makan nasi lauk sup, banyak jugak dia makan...

1 hari raya, pagi ni bangun aku siapkan anak-anakku dan diri ku. Baju hubby semalam dia dah ironkan so pagi ni boleh terus pakai aja. Baju melayu anakku tak siap, ini gara-gara menempah pada kakak ipar, nak buat camana tak kan nak marah lak, nasib baik baju kurung anak perempuan ku disiapkannya. Lepas solat raya kitorang bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Aduh hai bapa mertua ku sakit, senang sangat air mata dia mengalir, habis semua menangis, aku pun ikut samalah. Dah bermaafan sesi bergambar pulak lepas tu. Masa turn aku minta maaf pada Hubbyku macam biasalah, tak sangka hubby bagi jugak duit raya pada diriku ini. Lepas tu kitorang tak jalan kemana pun hari ni. Emm bosan betul lah, sampai aku tukar baju sebab rimas pakai baju. Lagipun aku nak cuci pinggan mangkuk kat dapur bersepah dan berterabur tu sementara kedua-dua anak ku tido. Petang tu lapar aku ajak hubby keluar gi Bahau, hehehe kitorang gi makan KFC. Lepas makan kitorang balik ke rumah semula, macam biasalah....

2 hari raya - hari ni dah pesan ngan hubby ajak gi jln sebab bosan lah kalau duduk kat rumah aja. Dia pun suruh bersiap, lepas dah siapkan anak-anak eida bersiap, emm menunggu adik ipar ku pulak, dia kalau bersiap mesti lambat, dalam tengahari gak lah baru keluar rumah, 2 buah kereta aja, mak tak dapat nak jln sebab ayah sakit, along lak kena masak sebab ada org nak dtg rumah. So mana yg dapat ajalah berjalan, Anip bawak kitorang ke rumah awek dia, lepas tu kitorang berjalan ke rumah Angah kat Tampin, Rumah Mak Ngah dan Ruwan Uwan kat Johol. Emm penat jalan sebab jauh² antara satu sama lain, mlm ni pulak ada BBQ kat rumah ku, kalau ada ihsan abg nak balik mlm ni aku bersiap aja. Dia suruh aku buat keputusan, so apa lagi aku mestilah nak balik sebab semua ada sekarang ni, sampai aja aku bersiap dan mandikan anak-anakku lepas tu terus balik ke rumah. kat rumah meriah semua ada, eida sampai aja terus masuk sembang dan lepak². Aqil dan Hasya bulat mata dia dah bangun dari tido. Dah semua balik, barulah bebudak ni tido dan eida pun tido lena sampai ke pagi.

3 Hari Raya - Pagi ni kitorang gi jalan raya ke rumah Induk Juriah, dah bersiap lepas tu gerak ke sana bukannya jauh sangat pun, sampai sana dah tengahari memang time makan tengahari. Induk Juriah memang rajin.... macam² ada. Lepas dah makan dan rilek jap balik ke rumah, sampai rumah cam biasalah. Induk Siah pun dah siap² nak balik KL, emm dah tak berapa meriah dah beraya di Kampung.

4 Hari Raya - Pagi ni memang plan nak ke Purun jenguk uwan, setahun sekali aja. Lepas tu eida pun bersiap, ayah dan mak ikut sekali. Sampai sana diorang tak ada, yg ada maktih sorang tapi tak kisahlah janji kitorang datang. Emm makanan sentiasa ada, lepas makan tengahari kitorang terus gi ke rumah paktih, emm jalan 2 buah rumah aja hari ni tapi sampai ke petang gak lah. Nak jln ke lain dah malas dah lah, balik rumah rilek sampai ke malam.

17 September 2009

Berbuka di Klang, Bersahur di Lui Timur

Hari ni aku sekeluarga telah pergi ke rumah Along, kononnya nak mengambil baju raya ku sebab nak beli tudung, emm hampeh!! rupanya kakak ipar ku tak siapkan lagi baju ku itu. Nak kata apa tak kan nak marah lak, emm dari 6 pasang yang ku tempah dia boleh siapkan 3 pasang aja.... aduh hai!!! tapi tak kisahlah janji ada baju. Lepas tu dah alang-alang datang sana, kitorang berbuka kat sana... malam lepas berbuka dan solat, kitorang pun gerak balik ke rumah. Apa yang mampu ku bawa adalah perca kain, sebab nak beli tudung kena match ngan kainnya. On the way nak sampai ke rumah Along call Abang, katanya ayah sakit dan tak boleh nak cakap, air liur pun dah meleleh aja. Lepas tu dah tak boleh nak gerak dah!! confirmlah abang risau, terus buat decision balik kampung malam ni jugak.

Emm aku nak kata apa!!! dalam hati aduh hai!! confirm penat balik sini nanti sebab dah lah baju tak cuci lagi utk ahad punya stok. So aku pun sampai aja kat rumah terus mengemas barang. Yang penting baju anak², setakat baju aku dan abang tak adalah kisahkan sangat. Dah siap mengemas kitorang terus gerak balik, abang betul² berhenti masa isi minyak aja. Aku lak duduk kat belakang apa lagi tido ZzzZzz sama anak² mana tahan mata ni. Kasihan gak pada abang tapi dah siap pesan awal² kalo ngantuk berhenti tido jap.... hehehe (sayang abang aku tu)

Sampai sana pukul 1am, emm bukan leh tido, tambahan bila along satu family dah sampai, anak² ku memang ku paksa tido. Kalo tidak lagilah susah nak tido nanti... Emm sejarah hari ni aku sekeluarga apa tak nya berbuka pose kat rumah Along di Klang, dan sahur pagi kat rumah mak di Lui Timur.....

07 September 2009

Shopping Raya....

Hehehe.... akhirnya 4 hb September, misi shopping ku selesai gak.... tertunggu² bilalah S*G* punya members day.... akhirnya terjawab jugak. Macam biasalah aku siap cuti lagi sebab nak gi yang first day punya, kalau gi sabtu dah lah lagi ramai org dan dah tak byk sangat pilihan. So tiap² tahun memang aku terpaksa berkorban jawabnya. Emm pukul 8 keluar rumah hantar anakku dulu kat rumah baby sitter, lepas tu terus gi, jln jammed macam biasalah, sampai sana terus cari parking, nasib baik kat B1 still ada parking lagi. Emm lepas tu queue nak masuk, mak aii dah panjang queue.... emm ada lagi 25 minit nak buka pintu, aku siap duduk kat tembok tu sementara menunggu. Ada kakak kat sebelah tu sempat sembang macam² dengan dia tapi tak tahu nama dia sapa....

Dah masuk aja, misi aku naik level 4 baju untuk anak² ku emm berapa kali aku round mencari dan capai mana yang aku berkenan nanti aku sorting kemudianlah jawabnya. Mak aii ramainya orang sebab kali ni aku rasa ramai sangat yang cuti agaknya. Pepagi macam tu dah penuh level 4 tu. Dah 3 round aku pusing aku pun duk tepi tu sorting mana baju yang nak aku pilih. Lepas dah pilih² aku beratur gi bayar.... emm siapkan ajalah duitnya. Ni baju anak-anakku yang telah dipilih.

Lepas tu aku turun pergi ke level men's emm aku belikan baju kemeja abang 2 helai dan seluar sehelai, lepas tu aku belikan baju dan seluar untuk ayah aku dan abang kirim belikan baju untuk Dik Nas kemeja sehelai. Dah selesai bayar aku dah kepenatan. Dah lah berat barang nak diangkat tu, so aku pun keluar gi hantar masuk dlm kereta dulu.... hehehe giler shopping betul aku ni. Ni pulak baju utk Ayah, Adik dan Adik Iparku



Lepas dah selesai untuk semua orang yang lain barulah aku gi cari untuk keperluan aku lak, aku memang target nak beli hand beg dan kasut baru. Emm dah dapat naik lak level 1 ladies nya, sempat gak beli slack dan t'shirt sehelai.... dah selesai barulah kira.... emm ngam² RM600 lebih sikit so leh claim voucher RM60... Mareld call katanya sekarang pakai sistem nombor... aduh hai sampai turn aku ntah nombor berapa lak nanti. Masa aku naik dapat nombor 1901, sedangkan tengah running nombor 12++.... aduh hai berjam agaknya aku duk sini nanti.... emmm akhirnya dekat pukul 4 baru dapat claim vouvher itupun minta tolong org sebelah joint sekali....

Balik rumah kul 5 sampai rumah sebab aku singgah bhgn suparmarket beli brg dapur lak.... huhuhu serupa macam keja gak aku hari ni.... aduh hai

Sambut Pose....

Minggu nak sambut pose ni aku dan makcik aku memang dah plan nak balik kampung dan sambut sesama. Emm seronok gak tu, mak dan ayah aku lagi suker nak pulak anak cucu diorang balik. So kitorang sesama cuti hari jumaat, abang tak leh cuti satu hari dia ambik 1/2 day aja. Tapi tak kisah sangat sebab asalakan leh balik hari jumaat tu jugak. Macam biasa pagi aku hantar anak-anaku ke rumah pengasuh sebab aku nak mengemas rumah. Kalau diorang ada sah dah aku tak leh nak buat apa....

Lepas jumaat abang balik, kitorang makan siap² sebab senang tak payah nak singgah kat mana² nanti. Makcik ku offer nak bawakan Hasya (anak sulung ku) emm aku bagi aja senang sikit dlm kereta nanti. So lepas jumaat ambik diorang kat rumah mamanya, lepas tu hantar Hasya kat Uwan dia (Makcikku) dan kitorang terus balik ke kampung. Emm macam biasalah kitorang sampai dulu, rupanya makciku banyak lak persinggahan dia. Patutlah tunggu² anakku tak sampai²..... diorang sampai lebih kurang pukul 7 lebih....

Emm dah semua balik macam biasalah, malam ni first utk pose, so memasing sibuk gi masjid nak solat terawikh, aku tak leh jointlah sampai anakku besar sikit. Emm tak apalah nampak gayanya... makan malam pun lewat lepas diorang balik, siap makan lemang sekali, rajin mak aku masak lemang dan rendang sebagainya.