28 - 30 Mei cuti balik kampung, emm sabar ajalah, balik Kampung aku dulu sebab adik aku ada so kena hantar dia balik dulu, hari khamis lepas ofis balik siap² terus balik ke kampung, emm nasib baik kampung aku tak jauh so tido semalam kat sana....
hari jumaat tu pulak, lepas breakfast balik lak ke kampung abg, emm keja mengangkut kain baju ajalah kitorang. Balik sana tido semalam jugak. Emm kebetulan lak along dan anjo pun ada balik sama so meriah gak lah.... malam tu siap buat bbq lagi.... hehehe biasalah kalau dah ramai² tu...
Sabtu petang lak, balik ke Johol rumah uwan lak, sebab dah lama gak tak jenguk uwan tu, camana nak balik selalu, dah 3 buah rumah kampung nak balik serentak memang tak bolehlah jawabnya. Dah lewat gak sampai, emm tapi tak kisahlah janji balik jenguk diorang ni. Fuhh !!! puas hati boleh balik semua sekali utk cuti 3 hari ni, walaupun kitorang tahu diorang semua tak puas. Tapi apa yang penting kitorang semua puas hati.... pagi ahad tu dalam pukul 11 abg ajak gi rumah kawan dia, (kawan sekolah dari sekolah rendah) dia buat kenduri akikah anak dia. Dah kebetulan ramai lak yg balik kampung diorang semua pakat² gi kenduri tu.... punyalah lama tak jumpa masing² tu.... dah besar anak masing² .... jadi macam ala² reunion lak bagi geng² abag tu.... dah hari macam nak hujan kitorang pun baliklah.... kitorang lak terus balik KL sebab esok dah nak keja lak.....
Inilah kisah hidupku!!! Ikutilah kisah hidupku sebagai seorang Ibu dan Isteri kepada keluargaku yang tercinta. Semua akan kupaparkan di blog ini. SEKIAN!!!
01 June 2010
Cuti² Shopping....
Hehehe part shopping² ni memang aku suka, dah kebetulan adik aku Mira ada kat rumah, aku pun apply cuti nak shooping ngan dia. Target memang nak cari baju raya.... fuh cepat giler, pose pun tak ganti lagi... huhuhu, tapi peduli apa, sebab tak nak jadi macam tahun lepas lewat hantar baju (even tempah kat kakak ipar) dia tak sempat nak siapkan semua baju aku tu.... so this year kena ingat awal² lah.... dah jakel promosi sakan ada sale, so tempat tujuan utama cari kain pun kat situ jer lah.... nasib baik cuti hari org keja tak adalah sesak sangat nak mencari kain, aduh hai banyak giler sampai rambang mata dibuatnya... sebelum gi shopping dah tanya abg dah nak tema apa raya tahun ni, dia pilih samada cream atau peach color, emm survey lah kain baju melayu dulu... emm color yg dia nak tak ada, tapi ada lah satu kain tu cantik dan color ala² peach tapi pekat lagilah, sales girl tu ada sebut colornya tapi aku dah lupa lah, emm menarik dan sesuai aja kalau abg dan aqil pakai macam tu. Emm terus beli 6 1/2 meter sebab abg punya 5 meter dan aqil 1 1/2 meter.... harga offer RM15 semeter kalau asalnya aku tengok RM50 semeter... aduh kalau harga asal tak nak aku beli mahal giler tu baru kain jer belum upah lagi...
Dah dapat baju abg dana qil cari baju aku dan hasya pulak dah.... akhirnya dapat gak.... emm kain yg cantik bukan yg ada offer tu, yg kat dinding tu RM98 sepasang... emm dah itu yg berkenan belilah utk aku dan hasya 6 meter.... emm dah dapat yang tema, lepas tu aku tambah lah lagi 2 pasang tapi harga yg offer tu ajalah, dah alang² tu aku belikan kain utk mak dan adik aku sekali 2 pasang seorang. Fuh !! selesai misi beli kain utntuk raya..... lepas ni misi aku nak ganti pose lak.... tak lama lagi dah nak pose, suka last minute baru nak ganti.... hehehe biasalah tu. Kalau tiba masa rajin nya awal² aku dah ganti dah lah.....
emm kain tu pun dah selamat di tempah, abang pun dah hantar tempah baju melayu dia kat kedai di kampung.... tempat biasa dia tempah dari zaman sekolah sampai lah sekarang ni....

24 May 2010
Small reunion 15 Mei 2010
Emm punyalah lama nak buat reunion ngan geng² UiTM, akhirnya tercapai gak hajat dihati.... plan dari nak buat kat PD lastnya buat pot luck aja kat Rumah Sha... emm jadilah daripada tak jadi langsung. Dah tak melibatkan kos yang banyak pun susah gak nak mendapat sambutan. Apa taknya 5 family aja yang leh joint. Tapi kira ok gak, walaupun 5 family terasa meriah dan ramai gak bila dah campur ngan anak² semua.
BBQ tetap buat walaupun yang tuikang bakar kitorang² ni jugak.... see look at the picture.... hehehe paham² jer lah bau asap masing² lepas tu. Tak kisahlah janji sama² bau asap. Tapi yang penting dapat berkumpul dan jumpa semula..... yg palig lama tak jumpa Sakinah dan Sha.... Ibu dan Angah at least tiap tahun sekali kitorang akan jumpa gak....
Bestnya kalau lagi ramai lagi yg joint.... next time ok....

17 May 2010
Jalan² @Cherating
Seperti yang dirancang.... pada 8-9 Mei kitorang pun pergilah ke Cherating.... emm saja jer nak keluar dari KL ni dan nak rilek.... pagi dalam pukul 9 lebih gerak ke sana, sekali berhenti aja, dah sampai dan check in kat hotel Suria Cherating Resort dalam pukul 2.00pm.... sampai² aja rilek jap kitorang keluar semula cari makan lak, memang banyak kedai makan kat area sana. Emm lepas dah makan balik semula ke bilik, abg nak rilek dulu sebab penat drives, tapi Hasya lak dah nampak swimming pool tak sabar nak pergi dah....
Tapi tak leh nak ikut sangat sebab cuaca kat luar panas terik, kalau mandi kat pool memanglah tak terasa panas, takut kot gelap jer nanti.... hehehe
Lepas tu dlm pukul 5 lebih baru bawa dia ke Pool.... emm tak ingat dia, bukan setakat Hasya, tapi Aqil yang kecik baru setahun tu pun sama gak.... Laut dekat jer, lepas tu bawa Hasya ke sana... hehehe sekali dia kena ombak sampai terjatuh terus tak nak masuk laut dah.... nak gi ke swimming pool semula.... aduh hai anakku itu.
Emm dah dekat pukul 7pm ajak Hasya naik, agaknya dia dah puas main air barulah nak naik bilik, kalau tidak jangan haraplah....
Lepas dah mandi semua, kitorang keluar gi makan malam lak, cari kedai/restoren cantik dengan hiasannya. Tapi bila makan emm macam biasa aja..... tak kisahlah janji perut yang lapar terisi. Dah makan balik bilik dan rilek.... anak² dah penat bagi susu terus lena.
Ahad tu pulak, bangun aja dah siap terus gi breakfast dulu, Hotel setakat 3 star aja, kira oklah makanan dia.... emm dah coffee house nya dekat ngan swimming pool, bila Hasya nampak aja dia tak sabar nak masuk, aduh hai anakku itu..... agaknya nak kena ada pool kat rumah kot.... huhuhu tak mampulah Umi sayang....
Lepas dah breakfast tu tukar baju dia dan bawa masuk swimming pool semula. Punyalah dia suka, lepas tu bawa gi pantai nangis sebab tak nak. Emm layan ajalah ekhendak dia. Dah puas sampai dia kata "Jom" barulah balik ke bilik, emm dah pukul 11 am dah pun, siap dan kemas² check out dan balik ke Kl semula.....

04 May 2010
Celebration's.....
Celebration anniversary..... emm tak ada apanya.... mula² memang nak cuti 30/4 tu. Tapi lastnya dua-dua tak leh nak cuti, sebab eida ada Meeting kat Sime Darby (satu hari lak tu), abang lak ada appoitment ngan vendor setiap hari jumaat petang..... emm macam biasalah balik dari keja ambik anak² balik rumah. Lepas magrib keluar makan.... plan dari rumah abg nak makan kat The Soule (suka makan kat situ) tapi lastnya on the way ke one utama, jln jammed teruk terus abg jalan ke penchala link masuk sungai penchala, emm tukar plan makan kat Bora Ombak jer lah macam tu. Emm masuk aja kat sana memang cantik design nya, siap dengan candle light lagi.... hehehe tak ada maknanya, sebab letak aja aqil dan hasya sibuk nak mainkan lilin tu. Lastnya kena alihkan lilin ke meja lain.... huhuhu nasiblah kan kalau nak dinner bawa anak kecik sekali. Emm tengok menu.... rasa nya menu biasa aja. Lastnya kitorang order western food, makan sempoi ajalah. Emm kira oklah rasanya, tapi ada tempat lagi best lagi western foodnya dari sini.... hehehe dah makan masih awal lagi. Bawa anak² jln kat the curve ajalah itu tempat yg paling dekat lagipun. Emm dah penat hasya main² dan lepak dengar lagu barulah balik rumah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)