Khamis 22 Julai
Hari ni dah cuti sebab petang nanti flight ke Sabah dalam pukul 5.10pm, macam biasalah dalam pukul 3pm baru gerak dari rumah, nasib baik member abg ada lak yg bawa Limo KLIA tu, so dia yang bawa kitorang ke LCCT. Sesampai kat sana, queue dah panjang utk ke KK, ish sabar ajalah tapi nak buat camana queue ajalah, dah check in terus masuk sebab sampai pun dah ngam² masanya tak perlu nak menunggu lagi, Hasya excited lah "Umi, aeroplane, duk kata macama tu !!!" selalunya nengok kat tv jer, hehehe naik tu bukannya dia nak duduk diam, sabar ajalah, kebetulan ramai lak org kita jer yg duduk dekat² tu. So ramai lah yang melayan Hasya dan Aqil, seronoklah diorang. Bosan lama dlm flight macam tu, penat nak control aqil dan hasya nak jalan² pulak dia, emm bila sampai sana lega sungguh, hehehe sampai sini pun kawan abg ada, dia yg ambik kitorang dari airport terus ke promenade hotel, bilik ala² studio house, murah dan besar, kereta yg kitorang nak sewa pun dah hantar ke sini, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Dah check in hotel, keluar semula, gi makan food lah apa lagi, emm banyak sungguh pilihan dan kitorang ni dibawa oleh kawan abg yg dah biasa kat sini, so bawa ke kedai yg dia selalu makanlah, emm order jangan tak order, perut pun dah lapar sebab dah lewat gak makan. Emm aqil dan hasya pun suka ikannya memang fresh sungguh, dah makan pergi lak ke pasar malam yg byk giler jual mutiara, beli kat sini lagi murah berbanding beli kat Pasar Filipina tu, emm sempat gaklah eida membeli gelang dan set brooch, tak dpt sangat memilih, dok nak control hasya kita pegang satu dia dah ambik dua tiga, habis camno!!! aqil lak dah penat dan mengantuk agaknya, emm dapat beli sikit dulu cukuplah.... balik ke hotel, penat dah !!! anak² terus lena.
Jumaat 23 Julai
Pagi ni bangun dah terang benderang, emm kalau ikut jam baru pukul 6.30am, sini kan awal sejam dari sana memang lah !!! emm malas nak keluar gi breakfast. Abg jer turun gi beli sebab kalau nak turun sesama lambat lak nanti, dah minum bersiap lak, kitorang nak gi ke area kundasang, sebab nak jenjalan kat area sini esok jer lah, emm dalam pukul 10 kitorang check out dan jalan ke Kundasang lak, nak ke sana main redah jer, hehehe nasib baik betul. Itupun berapa kali berhenti bertanya supaya tak sesat jalan, emm boleh tahan jalan ke sana, sapa yg tak biasa mahu termuntah jawabnya sebab jalan tak ada langsung yang lurusnya, nasib baiklah bebudak ni tak kira lena aja dlm kereta. Dah jauh rasa jalan tapi still tak jumpa Pines Resort tu, lastnya call, rupanya dah dekat kitorang ni. Sampai aja, keluar dari kereta dah terasa kesejukan kat sini walaupun tengah panas macam ni!!! dah check in masuk bilik, emm tak ada air cond pun, sebab dah ada aircond semula jadi!! fuh sejuknya, perut dah lapar, lagipun kereta tu dah kena isi minyak dah lah!!! ish kelakar ikut map shell tu tepi jln tp jenuhlah kitorang cari tak jumpa, emm dah tak jumpa ada restoren kitorang makan dulu, sejuknya kat sini memang kena pakai sweater jawabnya.... lepas dah makan tanya kat org tu mana stesyen minyak rupanya kat bawah tu jer, alahai patutlah tak nampak ada 2 pam jer, lepas tu logo shell tu kecik jer, hehehe
Minyak dah isi, kitorang pun gi jalan. Kat area sini ada National Park, tempat org nak daki gunung tu, ada hot spring dan Ladang teh Sabah, emm jauh² jugak, so abg ajak gi Ladang Teh, emm jauhnya jalan dia ke sana(ingat dah sesat dah), rasa macam nak u turn jer, tapi nasib baiklah dekat sini nampak signboard nya. Sesampai sana tak ada org pun, kitorang satu family, so lepak kat cafe minum² dulu dah alang² dari jauh kitorang dtg. Emm ladangnya tak secantik kat Cameron Highland lah. Tak lama lepas tu barulah ada orang lain lak datang. Dah lepak kitorang gerak balik, nak singgah hot spring emm malaslah setakat air panas jer, lagipun dah gelap dah balik resort pulak, sampai kat pines resort dengan kabus tebal, emm sejuknya !!! tapi anak² eida rilek jer, walaupun tangan dah sejuk dah. Lepas tu balik bilik, lepas mandi gi dinner lak, kat sini package hotel masuk dinner dan breakfast, emm boleh tahan gak lauk²nya. Ingatkan buffet tapi hidang rupanya, ada lima jenis lauk, buah, nasi dan air 2 jenis, kira oklah kalau macam tu. Lepas makan lepak² kat luar menikmati keindahan di kaki gunung kinabalu. Duk dlm bilik tak ada chanel tv yg best pun, lepas tu abg ajak keluar, emm apa yg ada kat kawasan tu, semua dah tutup... lastnya balik tido jer lah!!!
Sabtu 24 Julai
Pagi ni memang sejuk giler, kalau tak ada air panas ish memang tak mandilah jawabnya. itupun lepas mandikan hasya dan aqil dia menggigil kesejukan. Lepas tu kitorang gi breakfast, emm ramai betul org pagi ni, kena tunggu kosong sikit tempat baru boleh masuk. Makanan utk breakfast ni kira oklah, makan bihun goreng dan roti, lepas makan rilek jap jalan² kat area tu, dalam pukul 10am kitorang check out.... so apa lagi jalanlah. Kitorang singgah kat National Park, emm tak ada yg menarik sangat pun, lepas tu dah jalan² kitorang terus ke KK semula, sampai sana dah tengahari, emm nak cari parking utk berhenti makan memanglah seksa. Terus jalan ke Tanjung Aru, harap ada gerai makan boleh makan tengahari kat sana aja, kat sana ada lak Sambutan Hari keluarga, punyalah ramai orang, malas lak nak gi makan sana, so rilek jap. Hasya lak excited nampak laut nak ke sana, uh !! tak adalah nak mandi susah nanti. Tak makan lagi ni terus pergi ke Centre Point, makan kat sana. Lepas dah makan jalan lagi pergi ke Pasar filipina, nak menambah koleksi mutiara, belilah sourvenier utk adik beradik dan utk mak. Susah bawa hasya masuk sini semua dia nak pegang. Sabar ajalah. Panas lak berhneti minum dulu, dah petang tu nasib baik member abg ada sini, tumpang bilik dia utk mandikan bebudak ni sebelum flight pukul 7pm ni, dah siap² pukul 5pm gerak ke airport. Emm ramai lak org hai, lepas dah check in, minum dulu, nanti lapar sebab sampai lcct dlm pukul 9 lebih nanti. Dalam flight aqil buat hal lak, boleh berak sampai 2x sabar ajalah, dah lah keadaan tak berapa baik sebab cuaca. tapi gi gak cuci, mana tahan baunya. Boleh dua² tu tak tido sepanjang duk dlm flight tu, aduh penat nak control jenis tak reti duk diam ni. Sampai aja kat LCCT kitorang naik skybus ke kl central, punyalah hasya seronok dpt naik bas, eida lak dah call pakcik minta ambik kat kl central. emm dekat sikit dia nak dtg ambik berbanding ke lcct tu. Sampai kat lcct dekat pukul 11pm dah. Emm kitorang boleh gi minum laei kat Bangsar, lepas minum baru balik rumah, mak aii penat sungguh!!! tapi menyeronokkan.... puas hati !!!! kemas² esok jer lah.....
Inilah kisah hidupku!!! Ikutilah kisah hidupku sebagai seorang Ibu dan Isteri kepada keluargaku yang tercinta. Semua akan kupaparkan di blog ini. SEKIAN!!!
03 August 2010
06 July 2010
New Project....
Aku ada satu project baru.... business online.... saja buat part time je.... kebetulan kawan abang ni memang buat business tempahan macam2 baju dan cenderahati. Dia memang dah success dah lah dengan ada kedai kat Kota Damansara dan siap ada kilang lagi kat Seremban sana. Actually dia suruh abang buka outlet baru, cari kedai dan barang dia boleh supply. kitorang cari customer jer... tapi kalau buka outlet nak kena fulltime macam tu. So for temporary kitorang try buat online jer dulu.... baru jer nak mula ni. dah siap blog dengan harga semua dengan detail baru buat promosi besar-besaran nanti..... hopefully success.... boleh aku pencen awal.... Fuh!!! angan2 tinggi betul.... hehehe.... apa2pun berangan dulu.... yg penting kena usahalah....
Tak sabar nak cuti2 @Sabah
Hehehe Bulan Julai ni kami sekeluarga akan gi bercuti @Sabah.... first time ni bawa Hasya naik flight.... dia memang sibuk cakap kat aku "Umi.... Hasya nak aeroplane" aduh hai pandailah pulak bila nampak aeroplane sibuk nak naik. Tapi tak kisahlah memang ada plan nak bawa pun.....
Tapi rasa sedikit sesal sebab booking kejap sangat hari khamis pergi dan sabtu balik. Sabar ajalah bebanyak, tak apalah nak tukar camana lak, susah nanti.... cukuplah tu. Gunakan masa tu sepenuhnya......
Tak sabar rasanya..... nak cuti dan jalan2..... :-)

Lamanya tak update....
Emm lamanya aku tak update blog ni, last month memang aku tak duk kat ofis sangat pun, masa aku banyak dihabiskan kat Sime Darby, ni semua gara2 nak buat QA sistem yg telah disiapkan vendor lah ni.... emm tak kisahlah dah itu memang salah satu keja pun.... dah lah kat ofis tengah bz nak siapkan document Quality,..... yg paling aku tak tahan banyak betul soalan utk IT yang perlu aku jawabnya.... most of the question is for the HQ and Kementerian.... aduh hai, Pengarah aku tu bukannya paham bebenar pasal IT, emm emel pun tak tengok sangat.... habis camna?? ish!! sabar ajalah..... so kelam kelibut sikit aku nak menjawab dan menyiapkan semua tu.....
Now dah bulan Julai barulah aku lega sikit, fuh!!! boleh tarik nafas lega duk kat ofis sambil buat keja leh gak aku update blog aku ni.... + satu lagi projek yang aku tengah buat....
Tungggguuuuuuuuuuuu....................!!!!

11 June 2010
Jalan-jalan ngan Anjo Family's
Weekend baru2 ni adik ipar aku datang ke rumah, actually dia tinggal kat Tanjung Malim, kalau nak datang sini pun bukan lah jauh sangat, pagi sabtu tu dia call kata nak datang sebab semua orang kat area rumah dia tak ada, tinggal kereta dia aja. So aku kata datang ajalah lagipun kitorang memang tak ada plan nak kemana-mana pun.
Emm dah orang nak datang rumah kelam kelibut sikitlah nak mengemas rumah sebab tahu2 ajalah rumah ni agak bersepah sikit, aku lak pantang kalau rumah bersepah orang lak nak datang. mesti nak bersihkan jugak, tapi abg emm tak kisah sangat tambahan lak setakat adik dia aja.... dah penat mengemas, nak gak masak sebab tak kan baru sampai tenaghari nak ajak makan kat luar lak, emm abg dah gi beli bahan nak masak yg simple jer lah dan senang nasi ayam.... dah penat mengemas prepared nak masak lak, emm belum masak lagi diorang dah dekat nak sampai,
dekat pukul 1pm gak diorang sampai tapi aku tak masak lagi ni, hidang ajalah air dulu. nasib baik tinggal nak goreng ayam dan hidang sikit2 jer lagi. Kasihan zaki dah lapar sebab dah pukul 1 lebih dah, emm barulah siap masak dan hidang. Lepas makan memasing dah kekenyang tido jer memasing tu, tp yg tak tido anak2 lah sebab dah ada kawan2, susah betul nak suruh tido. Akhirnya hasya tido gak sekejap. Tp Aqil langsung tak tido. Bila bangun tido kitorang keluar bawa diorang jalan dekat2 ni aja. Tanya diorang pernah pergi The Curve tak? Tak lagi, so bawa ajalah ke sana.
Nak senang parking masuk kat tesco jer sebab kitorang leh parking kat tempat baby. Confirm senang dpt parking. BAwa diorang masuk the curve, kelakar hasya, siap bawa Farish tu (sepupu) duk kat lepak kat tempat orang yg selalu nyanyi tu. Tp kebetulan diorang tak menyanyi lak, so terus jalan2.... kasihan farish sebab tak pernah masuk shopping yg besar2 macam tu semua dia takut, naik escalator ker atau naik lift nangis. Lepas tu siap bawa jalan sampai Ekano dan Ikea sekali, hajat hati nak gak belek kot ada berkenan nak membeli, tp sebab masing2 bawa anak2 yg tengah lasak, emmm nengok jer lah. Nak membeli tak leh bawa diorang ni, tak best nak shopping2 ni.
Dah penat jalan rilek jap lepas tu kitorang berhenti makan dulu. Lepas makan dah kenyang balik rumah, Anjo pun dah nak balik gak, ingatkan diorang nak tido sini...... ni ada lah gambar2 masa kitorang jalan2 tu... siap tangkap gambar ngan burung lagi, kebetulan kat Ikano, diorang buat pameran burung, adalah sikit2 burungnya.....

Subscribe to:
Posts (Atom)