08 August 2011

Kunci Rumah!!!

Wah !!! seronoknya bila dapat call kunci rumah dah boleh ambik!!! tak sabar rasanya nak duduk dan pindah rumah baru.... sepatutnya boleh ambik last week tapi memandangkan balik kampung so hari sabtu lepas kitorang pun pergilah ambik kat developer di Pandah Indah.

Pergi sana dimaklumkan kitorang ken Interest sebab Government bayar lambat.... emm memang adalah lewat so kena bayar RM866 lebih kurang, aku call makcik aku dia kata boleh minta kurang tapi kena ada surat pulak, emm so sampai sana kitorang tanya pasal pengurangan.... walaupun tak berapa btk tapi duit tu boleh buat belanja utk raya ni.... abg kata tak perlu tergesa² so kitorang kata tak apa next week kitorang dtg ambik lepas dah mohonbuat pengurangang dan kalau boleh lupus terus sebab bukan salah kitorang pun, lewat bayar pada awal² jer masa proses penyediaan dokumen.


Kalau ikutkan dorang pun lewat gak serah kunci rumah, kalau ikut perjanjian dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian dan developer dah lewat dlm sebulan lebih. Dlm perjanjian developer kena bayr 10% dari harga rumah x Bil hari lewat / 365 hari.... so kitorang leh claim dlm rm 2000++ tapi bila kitorang bangkitkan pasal perkara ni dia puter kot lain lak... emm tak apa kali ni memang nak claim jugak sebab itu hak kita sebagai pengguna....

So apa-apa hal leh tunggu nest week apa citernya.... sekarang ni duk pikir dan plan nak buat mana yang sepatutnya dan setakat budget yg ada utk rumah baru ni.....

02 August 2011

sHoPPinG RaYa!!!

Bab shopping ni memang seronok, S*G* Members Day... WAJIB Cuti dan pergi.... antara sanggup dan tidak jer.... tapi dah jadi tradisi lak, mesti nak pergi walaupun dah tahu dengan Jammed dan Ramai Orangnya... nak kata apa redah jer lah....

So hasilnya.... untuk raya semua dah settle terutamanya baju anak².... tapi apa-apapun berhabis pun byk jugak... yg tak laratnya setiap apa yang nak dibuat, bayar dan sebagai kena QUEUE.... nak sampai ke S*G* masuk parking Q, Nak masuk pintu S*G* pun Q... membayar lagi lah panjang Q.... lapar berhenti makan pun Q panjang jugak.... nak claim voucher Q jugak... lastnya nak keluar parking pun sama gak... aku lebih 5 minit menunggu sampai ke kaunter bayar parking dah kena charges sejam jugak (walau 5 minit extra - jadinya dari 5 jam terus charges 6 jam) sabar ajalah....
Itulah kehebatan masa S*G* Members Day.... tapi tak serik jugak dan still pergi setiap Tahun.....

Sambut Ramadhan

Tahun ni sambut ramadhan balik dua² kampung jugak akhirnya.... Hari jumaat malam tu aku sekeluarga gerak balik ke Kampung Mak Mertua, sebab esok mak mertua buat kenduri arwah dan siap bakar lemang lagi tu... dah ramai² balik seronoklah. Adik Ipar aku yang belajar kat Kelantan tu aja yang tak balik yang lain semua ada..... kalau dah ramai² faham² jer lah tapi apa yang penting seronok.....

Lepas selamat kenduri esoknya, petang tu memang kepenatan yang amat sangat sebab malam tu tido dah lewat, Aqil lak dah tido on the way balik mana nak tido lagi... sampai sakit kepala aku dibuatnya. Petang tu masa tidokan dia ngan aku pun sama lena.

Ahad tu pulak, dorang semua pakat nak ke kubur arwah ayah, emm mak aku lak call suruh singgah sebab dia pun buat baca doa selamat sikit tengahari ni. Plan asal nak balik KL pagi tak jadilah lepas dah ziarah kubur dorang semua balik rumah dah aku sekeluarga balik Kampung ku sekejap. Rupanya ramai gak mak sedara bapa sedaraku balik, sepupu² pun ramai. Makan² lagi, makcik aku siap buat ketupat daun palas lagi, emm makan ajalah balik kampung kali ni. Dengan santan durian dan sebagainya. perut dah kenyang tak larat nak makan petang tu masa balik aku tappau ajalah bawa balik.... bekalan utk mkn malam dan bersahur nanti... selamat dah!!!!

Pukul 4pm gerak balik KL nasib baik jln tak jammed sangat... sedang elok je sampai rumah sebelum magrib, malam ni dah mula terawikh dah.... SELAMAT BERPUASA

28 July 2011

14 Julai... Kereta ku kena TUNDA DBKL

Aduh hai gara-gara nak kena agaknya..... alkisahnya aku baru jer dpt duit extra itupun abang yangbagi utk belanja raya dan beli baju anak²... emm rasanya kalau pegang duit cash kat tangan confirm cepat habis, so memandangkan hari ni pose dan tengahari ni tak ada nak buat apa, so aku pikir baik aku gi bank in duit ni dulu.... emm nak jln kaki gi maybank kat Jln Hj Taib Chow Kit tu malas lak rasanya, so bawaklah kereta, selalu gak aku bawa kereta kat situ dan parking kat area pasar mlm, tapi siang² tak ada lah pasarnya so bolehlah parking, bukan keter aku jer, byk lagi keter lain.

Masuk Maybank kat mesin masukkan duit tu, emm ramai gak org so lama gak beraturnya. Sampai ke turn aku masukkan duit. Tapi ada beberapa keping susah bebenar nak masuknya.... aku cuba masukkan sampai semua boleh.... kasihan gak org belakang ramai menunggu. Selesai urusan, kat sebelah tu ada Mydin, gatal lak kaki aku gi masuk kat situ lak, kononnya saja nak tengok² tapi dah tengok harga Listerine murah klu beli yang besar pek kembar tu... aku pun apa lagi shopping dulu. Dah bayar nak balik.... jeng jeng jeng.... suprised.!!! kereta dah tak ada... alamak hai... emm tak lama lepas tu aku nampak kereta tunda DBKL tengah bawak keter lain. Kat area aku parking tu.... clear tak ada satu kereta pun, ataupun dah kena angkut semuanya.... aduh hai.... sabar ajalah. terus call Abg... apa lagi memang kena minta bantuan dialah jawabnya...

So balik ofis jln kaki aku jawabnya. Sampai ofis aku tanya kengkawan yg biasa berurusan ngan DBKL... emm setakat mana yg mampu tolong ajalah... dia kata kena bayar gak sebab dah kena bawak ke sana... di tempat simpanan ketera di Jinjang.... lepas tu aku call sana dia kata selalunya bayaranya dalam RM150-Rm350.

Tunggu abg sampai lepas tu naik motor jer ngan dia pergi ke Jinjang... sampai sana memang ada kereta aku kat sana, lepas dah bayar kena RM205... melayang duit sedekah kat DBKL. Sabar ajalah jawabnya. Kalau aku shopping beli baju pun puas hati.... moralnya jangan gatal² gi parking kat situ kalau hari biasa. Selalunya kalau aku pergi Hari Jumaat selamatlah pulak.....

08 July 2011

Sukan @ Sabah

Buat pertama kali bila masuk JKM WPKL ni aku joint Kejohanan Sukan Tahunan JKMM kali ke IV. kali ni dibuat di Negeri Sabah.... emm aku main bola jaring jer pun, memandangkan tak cukup orang so aku masuk ni untuk cukupkan orang jer. Kali ni kalau nak ke sana kena bayar sikitlah memandangkan Duit Kelab Sukan tidak mencukupi. Pasal itulah ramai yang tak nak joint sebab berbayar.

Tapi tak kisah sangatlah, perginya naik Firefly jer ambik flight pun seawal pagi sebab nak dapat harga paling murah, flight 6.40am, pukul 4am kitorang dah kena ada kat KLIA, nasib baik anak² aku dah hantar ke kampung pada 23hb tu, mlm dlm pukul 12am gerak dari kampung dan aku suruh abg hantar terus ke ofis, sebab semua orang yg nak pergi dah berkumpul kat ofis dari malam lagi. Aku sampai ofis pukul 2.00am, emm tak tidolah kitorang mlm tu. Dari ofis pukul 3am gerak naik bas ke KLIA, jumlah kontigen dari JKM WPKL dalam 80 orang jer. Kebetulan pulak kitorang naik flight sama dengan orang dari Negeri Selangor. Dari Negeri Melaka pun dah ada berkumpul kat KLIA masa tu... rupanya meriah kat KLIA pada seawal pagi macam tu. Bila naik jer flight apa lagi nak buat bosan lagipun lama tu 2 1/2 jam so aku pun tido ajalah, Sampai Sabah sudah ada LO yang tunggu utk JKM KL so kitorang akan duduk di Hostel ok bukan hotel di UMS. Sampai sana emm dah dapat rumah terus mandi² dan tido ngantuknya. Lagipun hari ni belum mula sukan sebab ada negeri yang sampai malam nanti.... jadi kitorang sampai awal bolehlah rehat... emm panas sungguh di sini. Pasang kipas sampai 5 pun macam tak rasa jer....

25 Jun games netball seawal pagi kitorang dah gerak ke sana, buat kat Stadium Tertutup Putrajaya (namanya dewan tempat kitorang main netball tu lah) kitorang games yang ke 3 lawan Negeri Johor (naib juara sebelum ni)... emm entahlah kot tapi yg penting semangat. Bila main first games tu Kl 1 Johor 3.... masuk second half baru kitorang kejar so KL 4 Johor 5, time nak shoot goal ke 5 masa tamat.... aduh sabar ajalah kalah tipis... emm alamatnya kalau dah kalah ni habislah games aku, sebab aku masuk satu ni jer... dah lah masa nak balik ke KL lambat lagi... so apa lagi layan netbook jer lah.... nasib baik bawak, kalau tidak lagi bosan.... lepas tu keja kitorang shopping dan jadi penyokong untuk games yang berikutnya.... Petang tu pulak ada acara Perasmian Sukan JKMM dan perarakan kontigen² negeri ada 16 Kontigen semuanya, Dato' Sri Shahrizat yg datang masa perasmian ni.

26 Jun... pagi ni pada sesapa yg dah tak ada games dorang bawa jalan ke Pasar Tamu Gayah... dah tentu aku n the geng yang tak ada games lagi gi jalan² sebab tak pernah pergi pun kat Pasar Tamu Gayah tu. Emm macam pasar tani biasa aja tapi dia adajual segala macam benda, kalau kat Sabah ni, kucing kena kurung tapi anjing berkeliaran jer, sampaikan nak makan pun kena tengok tempat gak... bertudung pun pekerja restoren tu belum tentu kedai Islam, so kena hati² sikit. Malam ni pulak kitorang ada Dinner di One Borneo Ballroom, emm pukul 4.30pm dah kena ke sana sebab dinner mula pukul 7pm, nasib baik dinner dia hidang, kalau buffet susah gak ramai sesangat... best gak lah

27 Jun aku and the geng pergi ke Centre Point sebab ada games bowling kat sana, malas nak sokong games yang kat tempat panas.... hehehe kalau ke sanba leh shopping² sekali....

28 Jun adalah hari lawatan dimana ada group yang dibawa ke Kundasang, ada setakat area KK sahaja, so memandangkan JKM KL ni nak save budget duit kelab kitorang ambik yg free jer, dimana kitorang akan dibawa ke muzium dan pasar filipina, nasib baik area Kundasang dah pergi so tak adalah eida kisahkan sangat. Petang tu 4.20pm kitorang dibawa ke Hotel Sutera Harbour untuk Dinner malam penutup dan Penyampaian Keputusan semua perlawanan. Ada 18 buah bas yang bawa kitorang semua ke sana dan di escot polis untuk beri laluan kitorang ke sana. Hehehe biasalah JKM KL menang gaya jer... tapi kali ni ada gak lah tiga acara menang, tak ada yang juara tapi nombor 3 belaka, takraw, snooker dan dart.... at least ada nak tunjuk kat Pengarah.... hehehehe

Akhirnya hari yang last tu 29 Jun tak sabar rasanya nak balik, dah lah flight petang, so sampai KLIA dalam pukul 6.45pm. Aku terus cakap ngan abg ambik kat KLIA dan terus balik kampung ambik anak².... kasihan lak dengar citer mak, sampaikan Hasya nak makan tak nak org lain suap nak tunggu Umi, yang Aqil lak mlm jer nangis panggil Umi... bila Aqil nangis Hasya pun sama gak lah sayu jer... aduh hai.... pasal itulah nak terus balik kampung jer...

Ni jer gambar yg ada dlm phone yang lelain tak dalam kamera lum upload lagi...


Ni Masa Majlis Perasmian dan perarakan Kontigen² Negeri

Ini antara officemate yang terlibat

Ini adalah Kontigen dari Kuala Lumpur

Malam Dinner di One Borneo Majlis Perasmian Pembukaan Sukan

Ketembaman Terserlah !!!