25 October 2013

Aidil Adha + Kenduri Tunang Mira

Emm lama dah tak update... byk citer tapi kekadang tak sempat nak masukkan.... yang terbaru ni
Raya Haji baru² ni kami sekeluarga menyambutnya merangkap majlis pertunangan mira, asalnya nak buat simple² jer, tapi dah pihak lelaki nak datang bawa rombongan dan hantaran so terpaksalah buat kenduri sikit. Jadinya majlis kecil-kecilan sahaja itupun jemput saudara mara terdekat aja. Raya pun dah tak rasa macam raya dah pada hari tersebut.


 Sarung cincin oleh bakal mak mertua


 Bersama saudara mara
Kakak Hasya dengan bunganya

03 September 2013

Kenduri + Raya

Musim² raya ni ramai lak saudara mara buat kendurinya, nasib baiklah minggu yang sama, Hari sabtu Kenduri Kahwin dan hari Ahad lak kenduri bertunang. Emm sabar ajalah baru balik raya minggu berikutnya balik untuk majlis kenduri lak, tak pergi sepupu² yang nak kahwin dan bertunang. Anyway dah selamat dah la semua....

Selamat Pengantin baru buat Azwira dan Nadia dan Selamat Bertunang buat Nurhidayah dan Pasangannya...

 Ni lah pengantinnya Azwira & Nadia
 Ni tukang masak profesional... hahaha, sibuk mengacau kuali kosong tu
Ni lah tulang belakang majlis tersebut.... orang kuat kat belakang
 Selamat bertunang Kak Long Dayah
Sempat lagi Kakak Hasya posing tu...

20 August 2013

Raya di Ofis...

Tahun ni sambutan hari raya kat ofis ni paling cepat dan paling sempoi jer, kebetulan lak lepas raya ni Jabatan kitorang jadi urusetia Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid peringkat Kebangsaan bagi JKM, so agak sibuk dengan macam² benda yang nak dibuat. Maka sambutan raya pun buat sesama kitorang dan Institusi jer. Kali ni buat secara pot luck, setiap bahagian sediakan masing² punya menu.... dah campur institusi ada lebih kurang 15 bahagian, makanan agak banyak jugak. Macam² jenis ada, IT termasuk dlm Bahagian Khidmat Pengurusan sekali, harap IT ada 7 kerat je, parah jugak kalau diasingkan. Senarai Menu makanan wah agak banyak.... sate, lemang, ketupat, rendang, lontong, mee kari, mee rebus, mee sup, nasi minyak, nasi dagang, nasi tomato, laksam, berbagai jenis kuih muih dan kek, cock tail, berbagai jenis air. Sapa perut besar boleh sumbat macam². Tapi aku lak pada hari ni kesihatan kurang memuaskan. Makan pun tak berapa selera, yg aku makan pun yg aku tak jumpa raya kat kg hari tu, aku makan laksam yang firstnya, memang sedap, sate, nasi minyak ambik sikit, yang lain tak makan pun.... kalau bawa aku gi makan buffet memang rugi makan sikit. Sampai tengahari jer majlis kitorang sebab yang lelaki nak solat jumaat lak, simple² pun karaoke kena ada, dah Pengarah jenis suka berkaraoke, dah semua bahagian kena ada wakil menyanyi di paksanya....

 Unit IT JKM WPKL
 Kena paksa karaoke
 Ini corner bagi BKP
Ntah apa yg Pengarah kata ntah!!!

16 August 2013

Salam Aidil Fitri 2013...

Salam Aidil Fitri.... raya kali ni kat rumah  Mak Mertua, semua adik beradik abang berkumpul pada tahun ini. Kitorang balik malam raya, sebelum tu aku dah cuti awal duk kat rumah aku la dulu. Kebetulan abang tak leh cuti sebelum raya so malam raya dia balik ambik aku dan anak² balik rumah mak dia.
Pagi raya lepas dah solat sunat hari raya dah jadi tradisi kitorang bersalam-salam dan bergambar dulu, lepas tu barulah minum dan makan sesama. Dah selesai makan mula berjalan berkonvoi ramai-ramai. 7 biji kereta gerak sekali, rumah yang kena serbu tu siap sedia ajalah, memang penat dan kenyang tapi seronok. Hari first raya mesti jalan sampai ke malam. So untuk anak² standby bawa baju lain.

Second day raya lak rumah kitorang kena serbu dari pagi smapai petang duk dapur masak memasak tak habis²... at last petang pukul 6pm aku gerak balik rumah mak aku lak, mlm ni kitorang buat bbq, semua ada tunggu aku jer sampai. Kalau dah raya memang diet sebulan habis la.... masa bulan pose berat leh turun 3 kg tapi lepas raya naik lebih lagi..... perut pun terkejut semua nak sumbat masuk.

Raya ke 3 dan ke 4 raya sebelah aku lak, memang raya sakan tahun ni termasuklah pergi jln ke rumah kawan² semua. Raya ke 5 balik Sg. Buluh semula, aku cuti lagi satu hari mengemas rumah sendiri lak, dah tu jiran² datang ke rumah pulak. Itulah ceritera raya kali ini.

 Gambar satu family
 Abg dan adik beradiknya
 Menantu-menantu mak
 Cucu-cucu mak mertua (ada 3 org tak ada)
 Kakak Hasya dan sepupu-sepupunya
 Salam ngan Uwan nak duit raya
 Geng Aqil
 Jln raya ke rumah kawan-kawan
 Bersama kawan-kawan abg


22 July 2013

Salam Ramadhan 1434.....

Salam Ramadhan, sedar tak sedar dah 13 hari berpuasa ke hari ini. Sekejap aja masa berlalu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan sangat diberkati. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Dan hari yang ke 13 ini, first day Kakak Hasya bangun sahur. Bila cakap semua orang puasa dia pun nak puasa jugak... puasa dia tak minum susu ajalah... katanya hari ni nak puasa, emm iyerkan aja kecik sangat lagi utk aku latih dia berpuasa, aku dulu pun darjah 1 baru belajar pose, puasa penuh darjah 2. Ini baru 5 tahun, biar ajalah dulu, tapi sembahyang terawikh dia ikut la, hari mula² tu buat penuh, lepas² tu sekarang ni ikut dia nak buat berapa je. Ikutlah kakak, asalkan tak mengganggu jemaah lain.

Preparation untuk raya lak sebelum pose dah shopping untuk baju anak², abg dan brg rumah sikit. Cuma yang tak beli sikit² jer lagi.... Selalunya aku shopping kat Sogo ajalah sebelum pose mesti ada Member's Day so masa itulah aku mengambil kesempatan nak cari yg kualiti ok dan harga amat berpatutan. Kali ni pergi ngan adik aku sekali so ada geng, seawal pagi dah keluar nak dapat parking dekat dan senang. Lepas tu dah Q nak masuk. Emm panjangnya, aku paling tabik kat suami² yang sanggup ikut isteri shopping sama bawa anak² lagi. Aku lak lebih suka sendiri..... ikut memasinglah kan.

Hasil shopping, dlm plastik jer.... nanti tunjuk isinya tak suprised lak nanti dan pulangan kalau shiopping masa members day.... voucher Sogo.... ini boloeh shopping lagi.

 Hahaha penuh bonet kecik keter aku tu

 Voucher Sogo.... shopping lagi