16 April 2014

Jalan-jalan Langkawi Day 1 & 2

Langkawi again... anyway this is our favourite destination holiday, but this time I bring my mom, my sister, my brothers and my car wash staff.

Kali ni pergi hari isnin petang sebab flight pukul 7.45pm, so macam biasa eida dah ambik cuti lagipun bawa mak. semalam mak dah datang ke rumah, dia datang mira yang bawak ke sini. Dalam pukul 4 petang gerak ke LCC gi shah alam ambik azu lak dulu. dia ambik cuti 1/2 day hari ni. Dah sampai LCC Ayoi dari Melaka dah sampai dia tunggu kitorang. Dah sampai check in. Macam biasa duk menunggu tapi tak adalah lama sangat. Flight delay nak terbang sebab banyak sangat queue flight nak terbang. So sampai kat Langkawi Airport dah dapat kereta sewa, kali ni kitorang sewa Van Urvan yang boleh muat 14 seater, hahah besar lak hai, tapi kitorang 8 dewasa 2 kanak².... anak aku la tu. Apa2 hal check in hotel dulu, aku dah booking kat Federal Villa @ Holiday Villa ambik 2 bilik under government dan tambah sebilik harga biasa. Mak aii jauh beza betul tapi dah ramai kena ambik gak. tak kisah sangatlah hai. Malam dah kepenatan lepas dah makan balik bilik tido dulu, esok baru kita jalan² pusing pulau lak.

Day 2
Hari ni baru nak jalan², kalau ikutkan percutian ni ambik masa 2 hari jer, mana leh lama² nanti tutup lak car wash tu lama² rugilah. Lepas dah breakfast kami ambik satu bot nak pusing² pulau tu, sedang elok jer 10 orang, mula² dibawa ke kawasan yg banyak monyet... hahaha lawak kat kampung pun banyak bak kata abang, lepas tu masuk ke Gua Buaya, emm ikut sejarah dulu² ada banyak buaya, sekarang sudah tak ada, lepas tu masuk ke Gua Kelawar, memang banyak kelawar pun.... dah tu kitorang pergi ke kolam ikan di laut yang boleh makan kat restoren di situ, makan ikan fresh baru tangkap. Lepas tu dorang offer mandi pantai, dah tengahari tengah panas so tak yah la, baik mandi pantai kat belakang hotel jer nanti dah petang² sikit. Kalau di tanya budak 2 orang tu nak jer, tapi tak sanggup lah, balik hotel dulu, petang tu kami lepak kat pool dan pantai kat hotel jer... Aqil dan Hasya puas lah main air, masalahnya dorang ni dua² nak pergi... jenuh nak mengikutnya. Malam lak lepas magrib kami keluar pergi ke Kuah, yang boleh pergi malam pun Dataran lang jer lah, lepak situ jap. Lepas tu makan malam dan balik hotel.

So layan gambar jer lah...

















14 March 2014

Jalan-jalan Tasik Kenyir - Day 2

Second day pulak, pepagi lepas dah breakfast kami nak pergi ke Air Terjun Saok, terletak tak jauh dari Rumah Peranginan tu, nak pergi ke sana kena menaiki bot, bayaran RM5 dewasa dan RM3 utk kanak² dan minima satu bot RM30.00. Kami gerak ke sana naik bot, awal giler nak mandi air terjun, mak aii sejuknya. Takut lapar bawa bekalan makanan sandwich, nugget, sosej dan air teh o. Emm sampai sana memang tak ada orang pun janji ngan orang bot tu ambik kitorang dalam 1 1/2 jam jer. Tak boleh lama bebenar sebabnya nak checkout lak pukul 12.00 tengahari nanti.


 Nak pergi ke Air Terjun


 Dah sampai pun


 Inilah air terjunnya memang best mandi. 


Dah kesejukan kat air terjun tu dalam pukul 10 lebih dah ramai yang datang, so kitorang gerak dululah, nak pergi ke taman herba lak, di sana boleh rasa minuman yang herba yang dimasak di situ. Kalau tak naik bot ia boleh jalan kaki jer dari Rumah Peranginan tu ke Taman Herba, tapi kami dah alang² naik bot dari air terjun terus dia turunkan kami kat situ.






Dah melawat-lawat sekitar Taman Herba tu, balik ke bunglo. Siap kemas² nak checkout pulak dah. Tapi memandangkan stok makanan ada lagi sempat hidang utk makan tengahari sekali, habis pun. Dah kemas-kemas balik, sekali bot besar tu dah jalan. Tapi tak kisah sangat di sini ada bot kecik yang boleh hantar ke jeti untuk family kecik macam kitorang ni. Selamat tinggal Tasik Kenyir, nanti panjang umur boleh jumpa lagi. Percutian singkat dan best jugak, hanya untuk orang yang betul² nak berehat. Tapi kalau kaki pancing lagi suka kot. Dah memang tempat orang memancing. Abg dan Ayoi tak dapat mancing, sapa suruh tak bawa joran. Lagipun kitorang pergi sekejap so memadai untuk berjalan dan berehat. 

 Dapat bergambar ngan hasil tangkapan orang lain pun jadilah.

Aksi anak-anak nak balik.

12 March 2014

Jalan² ke Tasik Kenyir.. Day 1

Dah lama teringin nak pergi ke sini memandangkan ada dalam list Rumah Persekutuan tu, yang lain-lain semua dah pergi kecuali yang ini. Ntah camana saja jer google² sekali tu ada lak kosong 1-2 Mac terus booking ambik bunglo 3 bilik. Nanti ajak ajalah sesapa yang nak ikutnya.

Trip kali ni yang mengikutnya Mira patutnya bawak hubby sekali tapi dia keja so kena tinggallah hubby dia boleh dia nak ikut jugak, Ayoi dan Zati. So sedang eloklah satu keter aja, kalau ramai kena bawa 2 keter lak nanti. So pagi 1 Mac tu gerak dlm pukul 3 pagi, nak sampai sana awal pagi, nanti leh pergi awal sikit memandangkan kitorang ambik semalam jer. Pagi tu lepas dah berhenti breakfast sampai kat jeti tu, ada 2 jeti satu tu untuk orang gi memancing. Dan ada khas untuk ke rumah persekutuan tu, kitorang dapatkan information kat Kaunter di Tasik Kenyir tu, siap ada aquarium besar lagi tu. Sempatlah anak² posing jap.


Aquarium yang terdapat di Pusat Penerangan Kenyir


Pusat Penerangan Kenyir

Ni lak kat jeti, sekali bila call orang yang incharge tu katanya bot pukul 1.00pm aduh hai lama giler nak menunggu tu tengok jam masa tu baru dekat pukul 10am, sabar ajalah bebanyak. Kalau tahu macam ni gerak pepagi tadi pun tak apa, so apa lagi lepak kat sini ajalah. Bising anak² bertanya bila nak naik bot.
Pukul 1pm bot sampai ada 2 family jer yang nak ke sana, bot yang boleh muat 44 orang. emm banyak kosong ajalah, tak adalah jauh benar dalam 6km dari jeti ke rumah peranginan tu. Sampai sana dah check in ambik kunci, alamak hai mendaki tangga lak, nasib baik pilih rumah yang depan-depan sikit kalau jauh menapak naik tangga lagilah. Sampai sana perut dah lapar, tadi makan tak adalah berat sangat, eida dah siap bawa bekal rendang daging, so panaskan lauk tu, goreng sayur dan ayam dan masak nasi. Dah siap hidang dan makan dulu. Datang sini kena bawa bekalan makanan sebab memang tak ada kedai apa-apa kat sini. nasib baik dah google dulu.
 Ni semasa berada di jeti




Dalam bot Rumah Peranginan Persekutuan

Dah makan masing² kepenatan lepas solat tido, sedar² dah pukul 5.00petang. Kat sini tak banyak tempat nak jalan² pun so petang tu jalan² sekitar sini, anak² sempatlah naik kayak sama ayah dia, eida malas nak join sebab nanti basah... 

  Ada burung merak tapi ekornya tak nak kembang lak.

 
Ready nak naik kayak...




04 March 2014

Happy Birthday Hasya Dini

Tahun ni tanggal 26 Februari genaplah umur Kakak 6 tahun. Kek Kakak still nak gambar barbie. This time aku tempah edible cake chocolate moist kat member ofis je. Senang order kat dia ni.

Birthday Kakak celebrate kat school dia jer. Lagipun this year is last school kat Q-Dees. Mesti kakak seronok dan excited. Sebagai tambahan menu eida masakkan mee goreng, nugget, dadih coklat dan goodies bag untuk kawan2 kakak.







05 February 2014

Mandi Manda @ Kalumpang

Citer lama bulan satu hari tu, dah cuti hari Thaipusam sambung sabtu ahad... so tak adalah plan nak kemana. Jumaat duk kat rumah jer, hari sabtu anak² dah sibuk ajak gi jalan. Emm Abg lak terus ajak gi mandi kat Kalumpang boleh singgah kat ruma Anjo sekali. Emm main redah jer mana sempat nak prepared apa² so dah packing baju² terus gerak ke sana dah nak tengahari dah pun, sampai sana singgah TF Grocceries kat sana beli jerlah apa² makanan utk dibawa ke sana. Sampai rumah Anjo dia dah masak bihun tomyam lak, makan dulu. Lepas makan baru pergi sana. Sejuk giler airnya, so tak adalah eida nak mandi jawabnya. Tapi bebudak ni tak reti sejuk, selamba jer dia pi main air tu.