16 April 2014

Jalan-jalan Langkawi Day 1 & 2

Langkawi again... anyway this is our favourite destination holiday, but this time I bring my mom, my sister, my brothers and my car wash staff.

Kali ni pergi hari isnin petang sebab flight pukul 7.45pm, so macam biasa eida dah ambik cuti lagipun bawa mak. semalam mak dah datang ke rumah, dia datang mira yang bawak ke sini. Dalam pukul 4 petang gerak ke LCC gi shah alam ambik azu lak dulu. dia ambik cuti 1/2 day hari ni. Dah sampai LCC Ayoi dari Melaka dah sampai dia tunggu kitorang. Dah sampai check in. Macam biasa duk menunggu tapi tak adalah lama sangat. Flight delay nak terbang sebab banyak sangat queue flight nak terbang. So sampai kat Langkawi Airport dah dapat kereta sewa, kali ni kitorang sewa Van Urvan yang boleh muat 14 seater, hahah besar lak hai, tapi kitorang 8 dewasa 2 kanak².... anak aku la tu. Apa2 hal check in hotel dulu, aku dah booking kat Federal Villa @ Holiday Villa ambik 2 bilik under government dan tambah sebilik harga biasa. Mak aii jauh beza betul tapi dah ramai kena ambik gak. tak kisah sangatlah hai. Malam dah kepenatan lepas dah makan balik bilik tido dulu, esok baru kita jalan² pusing pulau lak.

Day 2
Hari ni baru nak jalan², kalau ikutkan percutian ni ambik masa 2 hari jer, mana leh lama² nanti tutup lak car wash tu lama² rugilah. Lepas dah breakfast kami ambik satu bot nak pusing² pulau tu, sedang elok jer 10 orang, mula² dibawa ke kawasan yg banyak monyet... hahaha lawak kat kampung pun banyak bak kata abang, lepas tu masuk ke Gua Buaya, emm ikut sejarah dulu² ada banyak buaya, sekarang sudah tak ada, lepas tu masuk ke Gua Kelawar, memang banyak kelawar pun.... dah tu kitorang pergi ke kolam ikan di laut yang boleh makan kat restoren di situ, makan ikan fresh baru tangkap. Lepas tu dorang offer mandi pantai, dah tengahari tengah panas so tak yah la, baik mandi pantai kat belakang hotel jer nanti dah petang² sikit. Kalau di tanya budak 2 orang tu nak jer, tapi tak sanggup lah, balik hotel dulu, petang tu kami lepak kat pool dan pantai kat hotel jer... Aqil dan Hasya puas lah main air, masalahnya dorang ni dua² nak pergi... jenuh nak mengikutnya. Malam lak lepas magrib kami keluar pergi ke Kuah, yang boleh pergi malam pun Dataran lang jer lah, lepak situ jap. Lepas tu makan malam dan balik hotel.

So layan gambar jer lah...

















No comments:

Post a Comment