Happy birthday to Aqil haqimi, kejap jer dah 5 tahun dah yer. Birthday Aqil 20 April jatuh pada hari Ahad, dah tanya kat dia nak potong kek kat rumah jer ker boleh ajak kengkawan kat rumah. Tapi dia pilih untuk celebrate kat sekolah macam kakak katanya, emm dah kalau macam tu hari isnin lah jawabnya. Call teacher dia bagitahu, teacher kata ok jer. Lagilah dorang seronok, tapi kali ni malas nak masak yang heavy, so eida bagitahu akan bawa party bags, cake, nugget dan apam ajalah, yang eida masak nugget jer. Kek dan Apam order kat kawan eida yg buat kek Aqil tu. Senang sikit. Party bags isilah air kotak, jajan² macam cocopie, appolo wafer, jelly strawberry, gula² susu, keropok tam-tam dan letak mainan buih belon tu, semuanya di beli kat kedai borong area rumah.
So hari isnin kenalah eida cuti sebab aqil dah pesan suruh datang, ayah dia pun terpaksalah masuk lewat sikit. Sekejap aja pun ambik masa rehat Aqil dlm 1/2 jam jer. Anak ooo anak , macamana celebrate birthday kakak macam tu jugak nak celebrate birthday dia jugak. So ikutkan ajalah. Simple celebration jer pun...
Kek Birthday Aqil - special request from him... mesti ada robot ultraman
Potong kek birthday
Kami sekeluarga
Kawan-kawan sekelas Aqil
No comments:
Post a Comment