29 April 2014

KL Birds Park

Sempena birthday Aqil yang jatuh pada hari Ahad, so nak celebrate kat sekolah, jadi hari ni 20 April, bawak lah dia jalan² ke Taman Burung, dah lama tau tapi tak pernah lah pergi. So sebelum pergi tu google jugaklah dulu tengok harga tiket dan sebagainya. Emm boleh tahn gak harganya, dah namanya pun yang terbesar kan, emm usah kira harga nanti semua tak leh pergi so kalau nak pergi tu pergi jer. Keluar rumah ok jer cuaca, tapi dah on the way hujan pulak, harap kat sana nanti tak hujan atau tak lebat sangat. Sesampai sana hujan renyai² jer, dah beli tiket harga dewasa RM25 dan Kanak² RM12, dah membeli terus masuk jalan² memang agak luas dan besar so sesapa yang nak pergi pakailah kasut yang bersesuaian.

Emm burung²nya memang banyak ada yang dikurung dan banyaknya yang bebas. Tapi tak ada penerangan detail menganai burung² tu. Ok lah tapi bagi aku sekali pergi cukuplah kot. Lagi satu dengan kawasan yang agak luas banyak sangat jalan² yang perlu dilalui tanpa ada tanda arah, so pepandai sendiri nak jalan arah mana dulu mengikut map yang diberikan.

Harga makanan dan minuman agak mahal jugak, harga air tin pun cecah RM4.50 nasib baik ada bawa bekal air kosong. Emm tapi kalau dah dorang nak makan tu beli jugaklah, berpeluh² satu badan berjalan, walaupun cuaca hujan still rasa panas. Ada show pukul 12.30pm tu tapi masa kitorang sampai kat area tu hujan lebat lah pulak, so sekejap jer dorang buat show tu. Kitorang cari tempat berteduh kat Education Station. Lepak situ jap sampai hujan reda, lepas tu dah kepenatan perut dah lapar, kitorang pun keluar dan cari makan lak, emm bila tanya Aqil nak makan apa hari ni, special request dari Aqil, jawapan Aqil senang jer "makan nasi". Alamak hai birthday boy minta nasi jer. Emm lastnya kitorang bawa dia makan kat Pizza jer lah. Aqil... Aqil..
















No comments:

Post a Comment