Dapat tahu pun dah last minute, masa aku nak bercuti ke Langkawi hari jumaat tu sebelum nak balik dapat emel dari HR, menyatakan aku adalah salah seorang penerima dan meminta semua yang terpilih untuk menjawab surat jawapan maklumbalas dari Kementerian mengenai kehadiran kami semua untuk rehearsal dan hari kejadian. Nak lak hari isnin berikutnya, emm dah lah aku nak cuti, so maknanya aku kena settlekan semua yang dikehendaki petang tu jugak. Emm senyap² eida settlekan semua, malas nak bising². Dah selesai urusan balik rumah, emm gembira berganda dah la nak berjalan lepas tu terima anugerah lak. Syukur Alhamdulillah.
Majlis APC di buat di The Everly Hotel Putrajaya, rehearsal pada 13 April pukul 2.00 petang dan hari kejadian pada 14 April pukul 8.00 pagi. Masa rehearsal tu eida pergi jugak, emm beriyerlah pakaia formal dah dalam surat kena formal rupanya negeri² lain dari seluruh malaysia datanag mana ada semua pakai formal. Pada 14 April tu eida kena keluar awal nak ke Putrajaya, boleh tahan jammed teruk ke sana nasib baiklah tak keja kat Putrajaya kalau tak jenuhlah eida jawabnya. Duit habis kat jalan jer lah jawabnya.
Sesampai di Putrajaya pun sedang elok dekat pukul 8am, breakfast disediakan agak heavy gak, emm makan jer lah, lepas dah makan tu majlis bermula lebih kurang 9.30am bila Menteri dah sampai, sebanyak 607 orang penerima anugerah dari seluruh Malaysia yang terdiri dari 5 Agensi dari KPWKM iaitu JKM, JPW, LPPKN, ISM dan Niew. Dah selesai majlis tengahari tu adalah macam² persembahan. Nak menunggu sesi fotografi, KL la yang last jawabnya sebab alasan KL dekat emm sabar ajalah at last pukul 3pm baru selesai. Balik ke rumah terus. Alhamdulillah....
Kawan se UiTM (Nurfariza), kebetulannya dulu sama kelas, sama sebilik sekarang
sama Jabatan cuma negeri jer lain², dan sama terima APC tahun ni
Kengkawan perempuan dari JKMKL
Ni antara kengkawan yang terima anugerah
Ini lah sijilnya...
Kek yang abg belikan sempena APC ni... thanks hubby
No comments:
Post a Comment