20 September 2010

Raya 2010....

Cerita raya.... ouh !!! memang raya kali ni kurang seronok, sebabnya lepas aku baik dari demam, Aqil lak yang demam, emm berjangkit² lepas sorang sorang.... nak kata camana, akalu Aqil demam dengan aku² pun sama tak leh tido gak lah!!! kasihan sungguh.... dia jarang demam sekali demam selalunya teruklah.... sehari sebelum raya orang sibuk nak masak memasak, nasib baik makcik aku raya sama kali ni, so adalah org nak nolong mak masak lemang dan rendang kat dapur tu... aku tak leh kata apa dah lah dah lah aku pun kurang sihat tambah lagi ngan anak... lemah sungguh rasa badan ni.... yg aku tak tahan batuk aku tak baik lagi....

Hari ni lak panasnya tapi tetap pose gak, tahan jer lah lagipun hari last.... emm masa buka pose dah lah batuk.... aku bantai gak minum air batu.... emm lepas tu tanggung jer lah batuk yang tak henti², makan ubat dah dekat sebotol tp tak gak baik..... aduh menyesal tak sudah... dengan anak demam panas jugak suhu badan cecah 39C.... sabar ajalah

Raya Pertama....
Pagi ni bangun bersiap macam biasalah, yg lelaki sibuklah nak gi sembahyang raya kat masjid, yg perempuan..... duk sibuk mengemas dan aku lak biasalah sibuk menyiapkan anak bujang dan anak daraku.... hehehe puas hati, Aqil pakai baju melayu siap samping dan songkok sekali, jenuh cari samping Aqil tu, akhirnya dapat gak saiz xs dan warna yg kena ngan baju melayu dia.... yang kakak Hasya lak, alamak hai camana leh lupa belikan tudung dia, emm sibuklah nak pakai tudung bila nengok semua org pakai tudung, nasib baiklah ada tudung kecik maksu dia punya color hitam yg dah tak pakai, hehehe ngam² jer kat Hasya... barulah dia puas hati.... alahai anak Umi.... lepas diorang balik dari solat raya, minum pagi dulu, lewat gak makan nasi impit dan lemang hari ni, lepas tu acara salam² minta ampun dan maaf... dan collectuion duit raya utk anak² aku.... hehehe ramai ni....

Hari ni jumaat, so masa nak jln pun terhad gak lah, dalam pukul 12 kitorang jalan gi ke rumah dekat² jer... yg penting rumah saudara mara yang wajib jer.... tak yah bawa kereta kitorang jalan jer ramai²... kat area masjid jer dah ada 4 buah rumah yg kena pergi... aduh hai anak tak berapa sihat bawa gaklah... lepas tu bila time sembahyang jumaat yg lelaki terus gi masjid, sebab dekat jer... kitorang teruskan jalan... dah selesai balik rumah, penat sungguh.... balik rumah perut pun dah kenyang makan macam².... ada lak saudara mara dtg rumah.... petang pukul 5pm kitorang sambung jln semula.... mulanya pergi ke rumah jiran depan rumah tu, Mak Mok mesti ada ketupat daun palasnya... abg suker ke sana leh makan ketupat daun palas sebab gi rumah yg lain kebanyakan hidang lemang jer... lepas tu pergi ke rumah Pak long.... emm rumah dia tutup lak, tak ada orglah kat rumah, so kitorang teruskan jalan raya ke rumah Pak Tih pulak, emm jln saja hari ni.... sampai sana dah malam, lepas magrib tu kitorang dihidang mee goreng panas, sebab paktih pun baru balik dari jln raya... lepas tu kitorang serbu lak rumah dia... tp dah cukup kenyang dah hari ni makan jer. Lepas tu balik rumah memang dah penat giler, anak pun demam kejap ok bila makan ubat, lepas tu dah hilang ubat demam semula, kasihan betul nengok Aqil. Hasya dah ok dah lah....


Raya Kedua....
Hari ni memang tak ada kemana² turn saudara mara datang ke rumah lak, so layan ajalah tetamu yg dtg, hari ni kitorang masak lontong, ikut sapa yg datang awal dapatlah makan, kalau tidak hidang kuih raya jer lah, nak masak memasak memang dah tak larat dah. Anak aku lak demam lagi, kasihan sungguh, dah banyak ubat makan dah.... naik risau pun ada gak. Petang ni dah nak gerak ke rumah Nenek Abang lak kat Johol, emm mengangkut jer lah keja kitorang ni. Emm sempat gak jln raya kat rumah kawan abg masa on the way ke sana. Sekejap ajalah sebab anak tak berapa sihat. Sampai kat rumah Nenek Abg, rilek jap lepas magrib gi jln raya kat rumah mak ngah sebelah tu, confirm byk makanan. Malam ni siap hidang nasi goreng panas² lagi... lepas dah makan tu abg dah janji lak ngan kawan dia lagi sorang nak ke rumah dia mlm ni, p sempat gak gi klinik bawa Aqil, mak aii ramainya org sakit, lastnya kitorang beli ubat jer. Jalan lak ke rumah kawan abg, tp sekejap jer lah dah malam, bagusnya wife kawan dia siap dia buatkan makanan utk anak kitorang yg tak pedas lagi.... nak gak lah Aqil makan sikit. Hasya dah tak ada masalah dia makan ok jer. Lepas tu balik rumah....

Raya Ke Tiga...

to be continue.... panjang sangat cerita raya ni....

Nak Raya !!!!

Ni cerita sebelum raya.... kalau ikutkan aku mula cuti raya dari 8 Sept - 17 Sept dan kalau diikutkan aku ambik cuti 6 hari dah boleh bercuti 12 hari... wah seronoknya cuti panjang betul. tapi masalahnya abang lak cuti sampai 16 sept jer... nampak gaya boleh balik awal sikit.... lagipun nak pindah rumah lak boleh packing brg nak pindah nanti....

Hari 6 hb tu keja macam macam biasa... ada meeting lak... ish bosan nya orang dah mood nak raya tetiba ada meeting yg memang membosankan.... what to do... boss dah pilih tarikh tu... hasya lak demam, kalau tak ada meeting mahunya nak EL sebab kasihan nengok dia... masa duk dlm meeting pun message kat kakak tu tanya Hasya camana?.... emm panas lagi... nampak gayanya aku kena baliklah utk ambik dia.

So kiranya hari ni petang lepas habis meeting balik rumah.... sempat lagi singgah kat tesco tu.... hehehe beli brg rumah jap.... dah selesai balik rumah...

emm malam tu pulak, bila hasya dah ok, aku lak rasa badan lain macam jer.... aduh hai dah risau dah ni, jangan aku yg demam dah lah.... makan ubat panadol sebelum tido tu.... lepas tu pagi esok bangun sahur, confirmlah aku lak yg jangkit demam lak.... tp bangun gaklah siapkan makanan utk sahur, dah siap kejutkan abg makan, dan aku mkn sama lah... dah subuh aku baring semula sebab dah tak sedap badan, tambah lak batuk ada jugak, sakit tekak semuanya ada. Emm aku nak bersiap gi keja pun dah tak ada mood.... tp hasya nampak dah ok, aku tetap hantar kat rumah kakak tu.... emm kalau tdk nanti byk cutilah kakak tu sebab bayar tetap sama jer.... dah hantar diorang aku balik rumah semula, wah tak larat sungguh dengan rasa sejuk sesangat, kepala sakit dan batuk semua adalah.... emm dah lah kuih raya yg order kat budak ofis tak ambik laei.... emm tak ada pilihan, nasib baik Kak Ras yg duk kat area rumah ni keja gak, minta tolong dia ambik dan bayarkan dulu, mlm nanti aku gi lah ke rumah dia ambik kuih tu, tp kasihan gak, kalau dia balik naik bas nak bawa kuih tu lagi nanti..... nasib dia kata ok jer... lega dah lah....

Dah tengahari aku memang tak leh bangun, call abg suruh dia balik tengahari ni hantar aku gi klinik. Tak tahan sungguh, nak mengemas balik kampung esok pun tak buat apa lagi ni.... bila abg balik tengahari tu gi klinik dulu, check suhu badan doktor kata tinggi suhu ni.... aku kata aku buka puasalah jawabnya nak makan ubat, tak tahan dah ni. Makan roti jer yg lalunya, lepas tu makan ubat aku pun tido, emm dah kebas sikit demam pukul 4pm baru aku leh bangun... emm baru rasa segar sikit..... aku pun kemaslah brg apa yg patut. Petang tu buka pose beli jer lah, dah tutup dapur dah lah esok nak balik, stok pun tak ada sangat dah. Abg balik ambik bebudak ni. Lepas tu buka pose pun abg order kat family tomyam jer, mlm tu lepas abg dah selesai terawikh, barulah aku gi ambik kuih raya kat rumah Kak Ras dan kat rumah makcik aku.... emm esok nak balik dah lah.... raya ooo raya !!!!

18 August 2010

Pose Dah!!!

Sedar tak sedar dah seminggu pose dah!!! dan barulah berkesempatan nak update blog ni.... bukannya apa... kalau bulan pose ni aku rajin sikit nak masak memasak. Tak tahulah kenapa!! may be sebab nak beli lauk pauk kat bazar ramadan tak menarik hati langsung walaupun banyak pilihan.... Aku keja masuk macam biasalah malas lak nak masuk awal. Tapi masalahnya time balik jer lah, mak aii jammed giler.... nak buat camana dah keja tengah² KL so redah jer lah. Jadi di bulan ramadan ni aku balik tak boleh ikut jln biasa, sanggup bayar tol ikut Penchala Link RM2 lepas tu tol Sg. Penchala RM1.60 lagi janji leh sampai rumah awal. Masa bulan pose ni abanglah kena ambik anak² bawa balik sebab aku kejar masa nak balik masak !!! emm puas hati sebab dapat masak dan hidang makan masa berbuka yg panas² tu.

Di bulan pose ni jugaklah masa tido tak seperti biasa, apa taknya anak² tido lambat.... paling tidak tu dua² tido 12pm ++ lepas tu pulak dlm 4.30 am nak bangun masak sahur lak, even tak masak beriyer tp kena jugaklah.... kalau nasib tak baik hasya bangun nak susu pukul 4am, emm langsunglah tak leh tido lepas tu... kalau tido terlelap terus langsung tertinggal sahur lak nanti...

Hehehe mesti anak² pelik kenapa tak keluar memana setiap hari.... selalunya lepas ambik diorang kitorang keluar jalan² cari makan.... kena bulan pose ni ambik diorang terus balik rumah...

Inilah cerita dibulan pose.... shopping raya, bab baju² dah settle may be nak beli kuih raya sikit lagi, duit raya nak kena prepared dan tudung utk baju yg tak cari lagi.... utk Aqil lak nak cari songkok dan samping raya... hehehe tak sabar nak nengok Aqil berbaju melayu sedondon ngan ayah raya ni !!!

10 August 2010

Shopping @S*g*

Wajib.... every year, yg besar-besaran ajalah, kalau ikutkan every months shopping. Tapi disebabkan members day, leh lah lebihkan peruntukan utk anak², tambahan lak nak raya ni!!!

emm sebab nak shopping punya pasal, keluar rumah macam biasa macam gi keja gak, sebab nak dapat parking yang atas, dan lagi satu kalau boleh nak queue, jadi org terawal masuk sana. Hehehe tahun ni makcik aku joint sekali, dah siap hantar message suruh ambik dia nak gi sama, kalau ngan dia tak apa sebab satu kepala leh shopping lama² pun tak apa. Tapi masa aku nak gi terlepas gak simpang ke rumah dia, hehehe nasib baik tak jauh laei pusing gi ambik dia semula.

Sampai sana pukul 8.30am, tengok kat main entrance dah ramai org queue, so dah parking kat B1 terus queue kat sana lagipun tak berapa ramai sangat kat sana, emm pukul 9am buka jer pintu terus masuk, makcik aku ke tempat dia dan aku biasalah level 4 untuk anak² dulu, emm tempat yang dituju, biasalah MIKI, PONEY, PADINI, LADY BIRD, itu yg wajibnya, yang lelain tu sampingan. Pagi ni aku tak breakfast lagi, aduh hai ramai giler org terutamanya tempat yg sales 70% and 50% tempat yg sales 20 - 30 % tak adalah ramai sangat.... emm ambik jer dulu mana yang berkenan, anak perempuan tak byk masalah byk pilihan, anak lelaki aduh hai dah lenguh kaki mencari baju yg sesuai dah.... emm perut lak dah lapar giler, lastnya bila dah sorting pilih yang berkenan terus gi kaunter bayar dulu, nasib baik tak ramai lagi terus dpt kaunter kosong, dah bayar, emm oklah still on budget memang target dua anak belanja byk tu pun, lepas tu gi isi perut dulu kat level LG, makan bihun dan minum teh ais. Dah ada tenaga semual barulah gi cari kat level lain lak.

Pergi lak level L2 utk men's aku gi carikan baju kemeja, t'shirt dan seluar utk abg. Lepas tu aku carikan jugak baju utk ayah, belikan lah baju raya utk ayah, utk mak dah belikan kain sebelum ni. Dah dapat untuk abg 2 helai kemeja, 2 helai t'shirt dan seluar slack. Lelain abg beli sendirilah tak larat nak pilih dan cari dah. Kaki pun dah lenguh giler, makcik aku lak tak nampak muka lagi ni. Emm kitorang makan pun tak sama, just call dan sms jer tanya kat mana dan dah makan ke belum? makan sendiri² ikut masing² punya masa.

Dah selesai beli untuk abg, adik aku lak tahu jer aku shopping, ni gara² FB ni, emm kirim lak seluar slack 2 helai, aku carikan jugaklah. Emm dah dapat aku cari lak sandle utk aku... selesai dah utk dia, now turn utk aku lak, salah satu target memang nak cari handbeg, emm aduh hai ramainya orang. Kaki dah lenguh ni. Lastnya aku berhenti makan dulu, lapar semuala dah!!! Lepas makan second time baru ada tenaga semula, gi cari hand beg bukan satu aku beli tp dua terus, senang satu utk ke ofis, satu lagi besar sikit nak keluar sama anak² boleh masuk pampers sekali, huh puas hati.... dah bayar. Call makcik aku dia pun dah selesai, lepas tu pergi queue lagi... nak redeem voucher lak, emm berbaloi, dah kira² boleh shopping lagi.... dan lagi.....

Akhirnya balik rumah keluar dari sana pukul 4pm, dlm 4.35pm sampai rumah penat giler, rilek dulu, lepas dah hilang penat dan mandi baru gi ambik anak kat rumah baby sitter.....

03 August 2010

Cuti² @ Sabah

Khamis 22 Julai

Hari ni dah cuti sebab petang nanti flight ke Sabah dalam pukul 5.10pm, macam biasalah dalam pukul 3pm baru gerak dari rumah, nasib baik member abg ada lak yg bawa Limo KLIA tu, so dia yang bawa kitorang ke LCCT. Sesampai kat sana, queue dah panjang utk ke KK, ish sabar ajalah tapi nak buat camana queue ajalah, dah check in terus masuk sebab sampai pun dah ngam² masanya tak perlu nak menunggu lagi, Hasya excited lah "Umi, aeroplane, duk kata macama tu !!!" selalunya nengok kat tv jer, hehehe naik tu bukannya dia nak duduk diam, sabar ajalah, kebetulan ramai lak org kita jer yg duduk dekat² tu. So ramai lah yang melayan Hasya dan Aqil, seronoklah diorang. Bosan lama dlm flight macam tu, penat nak control aqil dan hasya nak jalan² pulak dia, emm bila sampai sana lega sungguh, hehehe sampai sini pun kawan abg ada, dia yg ambik kitorang dari airport terus ke promenade hotel, bilik ala² studio house, murah dan besar, kereta yg kitorang nak sewa pun dah hantar ke sini, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Dah check in hotel, keluar semula, gi makan food lah apa lagi, emm banyak sungguh pilihan dan kitorang ni dibawa oleh kawan abg yg dah biasa kat sini, so bawa ke kedai yg dia selalu makanlah, emm order jangan tak order, perut pun dah lapar sebab dah lewat gak makan. Emm aqil dan hasya pun suka ikannya memang fresh sungguh, dah makan pergi lak ke pasar malam yg byk giler jual mutiara, beli kat sini lagi murah berbanding beli kat Pasar Filipina tu, emm sempat gaklah eida membeli gelang dan set brooch, tak dpt sangat memilih, dok nak control hasya kita pegang satu dia dah ambik dua tiga, habis camno!!! aqil lak dah penat dan mengantuk agaknya, emm dapat beli sikit dulu cukuplah.... balik ke hotel, penat dah !!! anak² terus lena.

Jumaat 23 Julai

Pagi ni bangun dah terang benderang, emm kalau ikut jam baru pukul 6.30am, sini kan awal sejam dari sana memang lah !!! emm malas nak keluar gi breakfast. Abg jer turun gi beli sebab kalau nak turun sesama lambat lak nanti, dah minum bersiap lak, kitorang nak gi ke area kundasang, sebab nak jenjalan kat area sini esok jer lah, emm dalam pukul 10 kitorang check out dan jalan ke Kundasang lak, nak ke sana main redah jer, hehehe nasib baik betul. Itupun berapa kali berhenti bertanya supaya tak sesat jalan, emm boleh tahan jalan ke sana, sapa yg tak biasa mahu termuntah jawabnya sebab jalan tak ada langsung yang lurusnya, nasib baiklah bebudak ni tak kira lena aja dlm kereta. Dah jauh rasa jalan tapi still tak jumpa Pines Resort tu, lastnya call, rupanya dah dekat kitorang ni. Sampai aja, keluar dari kereta dah terasa kesejukan kat sini walaupun tengah panas macam ni!!! dah check in masuk bilik, emm tak ada air cond pun, sebab dah ada aircond semula jadi!! fuh sejuknya, perut dah lapar, lagipun kereta tu dah kena isi minyak dah lah!!! ish kelakar ikut map shell tu tepi jln tp jenuhlah kitorang cari tak jumpa, emm dah tak jumpa ada restoren kitorang makan dulu, sejuknya kat sini memang kena pakai sweater jawabnya.... lepas dah makan tanya kat org tu mana stesyen minyak rupanya kat bawah tu jer, alahai patutlah tak nampak ada 2 pam jer, lepas tu logo shell tu kecik jer, hehehe

Minyak dah isi, kitorang pun gi jalan. Kat area sini ada National Park, tempat org nak daki gunung tu, ada hot spring dan Ladang teh Sabah, emm jauh² jugak, so abg ajak gi Ladang Teh, emm jauhnya jalan dia ke sana(ingat dah sesat dah), rasa macam nak u turn jer, tapi nasib baiklah dekat sini nampak signboard nya. Sesampai sana tak ada org pun, kitorang satu family, so lepak kat cafe minum² dulu dah alang² dari jauh kitorang dtg. Emm ladangnya tak secantik kat Cameron Highland lah. Tak lama lepas tu barulah ada orang lain lak datang. Dah lepak kitorang gerak balik, nak singgah hot spring emm malaslah setakat air panas jer, lagipun dah gelap dah balik resort pulak, sampai kat pines resort dengan kabus tebal, emm sejuknya !!! tapi anak² eida rilek jer, walaupun tangan dah sejuk dah. Lepas tu balik bilik, lepas mandi gi dinner lak, kat sini package hotel masuk dinner dan breakfast, emm boleh tahan gak lauk²nya. Ingatkan buffet tapi hidang rupanya, ada lima jenis lauk, buah, nasi dan air 2 jenis, kira oklah kalau macam tu. Lepas makan lepak² kat luar menikmati keindahan di kaki gunung kinabalu. Duk dlm bilik tak ada chanel tv yg best pun, lepas tu abg ajak keluar, emm apa yg ada kat kawasan tu, semua dah tutup... lastnya balik tido jer lah!!!

Sabtu 24 Julai

Pagi ni memang sejuk giler, kalau tak ada air panas ish memang tak mandilah jawabnya. itupun lepas mandikan hasya dan aqil dia menggigil kesejukan. Lepas tu kitorang gi breakfast, emm ramai betul org pagi ni, kena tunggu kosong sikit tempat baru boleh masuk. Makanan utk breakfast ni kira oklah, makan bihun goreng dan roti, lepas makan rilek jap jalan² kat area tu, dalam pukul 10am kitorang check out.... so apa lagi jalanlah. Kitorang singgah kat National Park, emm tak ada yg menarik sangat pun, lepas tu dah jalan² kitorang terus ke KK semula, sampai sana dah tengahari, emm nak cari parking utk berhenti makan memanglah seksa. Terus jalan ke Tanjung Aru, harap ada gerai makan boleh makan tengahari kat sana aja, kat sana ada lak Sambutan Hari keluarga, punyalah ramai orang, malas lak nak gi makan sana, so rilek jap. Hasya lak excited nampak laut nak ke sana, uh !! tak adalah nak mandi susah nanti. Tak makan lagi ni terus pergi ke Centre Point, makan kat sana. Lepas dah makan jalan lagi pergi ke Pasar filipina, nak menambah koleksi mutiara, belilah sourvenier utk adik beradik dan utk mak. Susah bawa hasya masuk sini semua dia nak pegang. Sabar ajalah. Panas lak berhneti minum dulu, dah petang tu nasib baik member abg ada sini, tumpang bilik dia utk mandikan bebudak ni sebelum flight pukul 7pm ni, dah siap² pukul 5pm gerak ke airport. Emm ramai lak org hai, lepas dah check in, minum dulu, nanti lapar sebab sampai lcct dlm pukul 9 lebih nanti. Dalam flight aqil buat hal lak, boleh berak sampai 2x sabar ajalah, dah lah keadaan tak berapa baik sebab cuaca. tapi gi gak cuci, mana tahan baunya. Boleh dua² tu tak tido sepanjang duk dlm flight tu, aduh penat nak control jenis tak reti duk diam ni. Sampai aja kat LCCT kitorang naik skybus ke kl central, punyalah hasya seronok dpt naik bas, eida lak dah call pakcik minta ambik kat kl central. emm dekat sikit dia nak dtg ambik berbanding ke lcct tu. Sampai kat lcct dekat pukul 11pm dah. Emm kitorang boleh gi minum laei kat Bangsar, lepas minum baru balik rumah, mak aii penat sungguh!!! tapi menyeronokkan.... puas hati !!!! kemas² esok jer lah.....