29 December 2010

Balik Kampung

Masa cuti sekolah ni banyak betul jemputan kenduri, rasanya setiap minggu ada sahaja jemputan kenduri kahwin, actually 25 hb ni ada gak member ofis, tapi memandangkan dah lama tak balik kampung so tak dapatlah nak pergi jawabnya. Plan kitorang balik Kampung aku itupun ada jugak kenduri tapi kenduri cukur jambul dan akikah anak sepupu, depan rumah jer. Bila dah balik kampung aku, mak mertua tanya lak bila nak balik sana pulak, dan minggu depan kena balik kampung mak mertua jugak.

Itupun ada jugak jemputan kenduri kahwin adik kawan baik aku, dah memandangkan on the way masa balik ke kampung mak mertua boleh singgah lah kot!! kengkawan sekolah yang dah berbelas tahun tak jumpa pakat nak jumpa masa kenduri tersbut. Aduh hai excited lak rasanya, tak kisah lah dapat jumpa sekejap pun jadilah.... harap² hubby ku tak kisahlah....

So apa lagi cuti² balik kampung jer lah, sebab plan nak gi jalan² nak booking hotel last minute ni mana ada yang kosong, even 1 bilik pun tak ada kosong. Dahsyat betul, kena pi jalan time sekolah dah bukalah jawabnya. Tapi anak aku tak sekolah lagi tak apalah. Gunakan masa ini dengan sepenuhnya.....

17 December 2010

Jalan Jer

Anak² ku pantang cuti jer.... lepas mandi Hasya mesti tanya "Mi kita nak gi jalan mana?" aduh hai letih nak jawab soklan dia kalau hari cuti.... emmm aku jawab "tak da jalanlah duk rumah lak"... hehehe kasihan lak nengok dia dah 5 hari bekerja tak kemana, selalunya aku akan bawa keluar gak even dekat asalkan diorang dapat keluar dari rumah...

So last week on Saturday..... dah lewat dalam pukul 2 ++pm abg ajak gi Genting.... dah tahu nak gi Genting dia leh lak pakai baju pendek dan seluar pendek, Aqil lak aku pakaikan seluar 3 quarter sebab masa dah siapkan dorang baru cakap.... so aku sempat capai sweater hasya dan aqil jer takut sejuk nanti.... masa dulu kitorang pergi tak adalah sejuk sangat genting tu, pasal itulah tak kisah sangat....

Pergi Genting abwa kereta sampai kat goh tong jer, lepas tu naik cable car, hehehe memula Hasya excited bebenar, sampai cakap "Mi.... Wah!!! cantiknya" emm mula jer lah, lepas dah naik dia dah cuak, mulalah nak nangis. Aduh hai jenuh gak eida memujuk dia sampai pangku dia... lagak jer macam berani tapi penakut, bila dah kakak nangis adik pun ikut sama.... aduh sabar jer lah aku. Nasib baik ada Sorang Cina bawa gula² bagi pada Hasya dan Aqil... sukalah tu favourite dorang... emm barulah senyap.... cable car tu pulak leh berhenti tengah² lepas tu goyang² aduh hai lagilah dia takut.... hahahaha confirm lepas ni tak berani dah naik kot....

Sampai kat atas sana mak aii sejuk giler, ngan kabus tebal dan angin kuat, tapi tak hujan pun. Macamana nak keluar memang tak tahan lah hai!!! so lepak kat dalam jer lah dah jalan² rilek jap dalam 1 1/2 jam jer kat atas sana lepas tu turun semula. Emm lagi sekali Hasya takut dan nangis, nasib baik aqil ok duk ngan ayah dia. emm lastnya aku pangku dia dan peluk sambil tu belikan dia sugus utk suruh senyap.... nasib baiklah.... sampai bawah lega rasanya

Lepas tu terus balik ke rumah, sebelum teru makan malam dulu sebab memang malas nak masak dah lah....

Outstation to Sabah & Penang

Dah lama betul tak update..... actually banyak sangat keja dah nak hujung² tahun ni, maklumlah hujung tahun jer, bila budget tak habis baru nak bagi kat IT untuk dihabiskan !!! selalunya macam ni lah dah tahu dah lah....

Dan dihujung² tahun ni banyak lak kena outstation.... hujung bulan 11 hari tu aku ke Sabah, dari 23 - 25 November.... Program Integrasi Nasional - emm jenjalan aja lebihnya..... kebanyakan tempat yang dibawa pergi tu adalah tempat yang aku satu family pergi dalam bulan Julai hari tu... so aku tak adalah excited sangat.... mana yg tak pernah pergi tu bestlah.... kalau ikutkan ada program untuk jalan² ke pulau tapi memandangkan keadaan laut yang bergelora so terpaksa dibatalkan... anyway next time ok......

Awal December ni aku dipanggil oleh IT Kementerian untuk membantu buat taklimat Sistem di Zon Utara, Penang from 8 - 10 December, emm dah diarahkan kena pergilah jawabnya. So macam biasalah..... malas nak drive booking flight jer.... even dekat..... emm penat sungguh sebab nak ajar dorang gunakan sistem baru.... mana yang senang diajar tu senanglah tapi mana yg susah... sesabar bebanyaklah jawabnya.

Ini bermakna dalam tempoh yang terdekat ni dah 2 kali aku tinggalkan anak² ngan hubby aku... so far nampak ok... so tak ada masalah kalau aku lepas ni kena outstation selalu.... risau gak ni kalau IT kementerian atau HQ libatkan aku ngan satu sistem yang besar ni dalam perancangan tahun hadapan akan di ajar ke negeri² lain....

25 October 2010

Mandi Manda Lagi!!! Ulu Yam

Emm duk kat KL ni apa lagi aktiviti kalau weekend, mesti nak jalan kemana² asalkan keluar dari rumah, lagi satu kasihan gak kat anak seba weekdays asyik duk rumah babysitter dan bawa balik umah, so kalau hari cuti aja, Hasya pun dah pandai ajak gi jalan.

Emm hari sabtu tu dah bawa dah windows shopping kat OU, emm ada aja aktiviti kat situ, Maybank lak ada untuk bebudak nya aktiviti, so sukalah Hasya dan Aqil, sibuklah sama nak mewarna wal hal tak pandai mana pun laei....

Hari ahad petang tu pulak, bosannya lepas dah amkan tetiba abang ajak gi mandi kat Ulu Yam, emm tak pernah pergi pun sana, lalu adalah kat sana tu. So aku pun apa lagi lepas dah bagi anak² makan terus packing baju dan packing makanan apa yang ada bawa aja, sempat eida buat air sebotol sebagai bekalan selain susu bebudak ni. So kitorang terus gi sana, tak jauh mana pun dalam 35 minit dah smapai sana dah, emm nak masuk pun kena bayar RM1 sorang... tak kisahlah sangat. Emm dah tu hasya excited masuk sungai, sekarang ni jenuh nak menjawab soklan dia.... Hasya "Apa tu Umi?" aku jawab "Sungai", lepas tu dia tanya lagi "Sungai apa tu Umi"... Aku jawab lagi "Sungai Ulu Yam" Dia tanya lagi "Ulu Yam tu apa Mi?" aku jawab lagi "Ulu Yam kat Selangor" dah jawab macam tu dia tanya lagi "Selangor tu apa?" aduh hai aku pun tak tahu nak jawab apa.... emm tapi kena jawab gak kalau tidak terbantut lak perkembangan anak² kalau kita sekat macam tu....

Mandi sungai tahu ajalah punyalah sejuk airnya..... Aqil mula² nangis, abang lak saja jer siram air kat dia, hehehe aku biarkan aja.... tak macam Hasya dia terus masuk sungai, bukan kira sejuk ker tak?.... punyalah lama dia masuk sampai dah terketar² bibir dia.... aku sapukan roti dengan kaya dan butter.... hehehe lapar agaknya main air boleh dia dan aqil makan. Aku mulanya malas nak mandi tapi disebabkan aqil tak nak masuk sorang kenalah aku joint sama..... dah tu dekat pukul 5pm ajak balik... tak nak lak dua² tu... aqil tu selalu macam tu, mula² takut dah nak balik baru dia nak main air lak.... sabar ajalah.....

20 October 2010

Wet World

Cuti weekend baru² ni saja je lah bawa anak² gi mandi kat wet World Shah Alam tu jer.... emm sebab anak kecik² lagi sesuailah bawa ke sana.... kalau gi ke Desa Water Park atau ke Sunway Lagoon mahal sangat tiket masuknya, dah tu diorang bukan leh main semua pun, pasal itulah rugi nanti.... tunggu diorang besar bolehlah bawa ke sana.

Gerak dari rumah pun dah lewat gak dalam pukul 11 lebih, sampai sana memang dah tengahari dah lah, emm tiket masuk RM10 dewasa dan RM8 utk kanak², ada ukurannya tapi hasya dan aqil free sebab tak sampaipun ukuran tu.... hehehe dah bayar masuk....

Bila hasya nampak jer tak sabar nak masuk, tukarkan baju mandi dia dan aqil kat luar tu aja. Terus dia masuk ke tempat kanak² khas utk umur 3 tahun ke bawah.... hehehe hasya berani, semua dia naik tapai yang geram nengok aqil nangis lak takut.... aduh hai apa lagi melekap jer lah....

Dah tengahari kelaparan berhenti makan dulu, makanan kat dlm tu kira murah gak, kitorang ada gak beli roti dan air kat luar tadi. Dah lapar belikan nasi ayam utk anak² makan, air yg paling banyak minum tak cukup sebotol sorang....

Lepas makan sambung lagi mandi.... aduh hai aku dah tak tahan panas sungguh.... rasa berbahang dah walaupun duduk kat bawah payung yg disediakan tu... tapi hasya peduli apa itu semua, duk berendam lagi dalam air lagi.... dah pukul 3pm ajak dia balik, jenuh gak memujuk barulah nak. Si Aqil lak bila kita dah nak tukarkan baju masa tu lah dia sibuk lak nak main air lagi tadi masa awal² takut... aduhai sabar ajalah. Layankan dia sekejap, lepas tu dah tak tahan tukarkan jugak baju diorang. Emm dah tukar baju tu Hasya still nak mandi lagi, Fuh!! malas nak layan, akhirnya dia lelap dah kepenatan dan mengantuk, terus balik dlm kereta dua² lena sampai ke rumah.....