26 April 2011

Happy Birthday Aqil!!!

Tanggal 20.04.2011 genaplah umur Aqil 2 tahun. Dah besar anak Umi ni..... tak adalah nak celebrate besar-besaran sangat tapi cukuplah sekadar untuk mengingati tarikh tersebut buat anak bujang Umi tu.
Tahun ni aku tempahkan kek birthday aqil kat kawan aku jer, dia boleh tempah macam² design ikut pilihan sendiri. Dah anak aku tu sebut nak Ben 10 jer, tempahkan kek Ben 10. Birthdaynya jatuh pada hari Rabu, aku pun terus apply cuti hari tersebut. Abang aku ajak jugak cuti tapi tak boleh katanya, malas lah beriyer bebenar ajaknya. Dia joint petang lepas balik keja tu....

Aku plan nak potong kek kat rumah Mama Aqil jer, sebab kat sana ada kengkawan dia. Ramailah sikit lagipun tak yah susah² aku nak buat nanti, bawa ke sana ajalah.

Pagi hari tu, aku hantar anak macam biasa kat rumah Mama dia. Lepas tu aku kena ambik kek kat kawan aku tu. Ofis dia kat Mid Valley, so kat sanalah aku jawabnya hari ni. Dalam pukul 11.30am, aku keluar gi Mid Valley, aduh rupa²nya hari ni Jusco member's day.... emm confirm parking penuh nanti ni. Cadangnya kalau dapat parking nak jugak singgah jap, sesampai di sana confirm parking penuh, malas nak singgah mana² so aku tunggu Angah dalam kereta ajalah. Call dia dan tunggu jap, lepas dah bayar aku pun balik rumah.

Petang lepas asar konon nak belikan KFCsebagai tambahan menu tapi hari hujan selebat²nya so takut lak kalau nak keluar banjir kat simpang 4 tu, emm malas nak ambik risiko, aku belikan nugget jer, aduh kasihan tak dapat nak beli kan KFC, gorengkan nugget lepas tu aku bawak gi rumah kakak tu, sesampai jer akak tu dah siap buat menu tambahan iaitu bihun goreng dan karipap, air pun dia dah buatkan, siap hias² rumah dia ngan belon lagi.... hehehehe Mama Aqil lak yang lebih beriyer dari Uminya.... kakak tu siap ajak lagi jiran dekat² untuk meramaikan bebudak kat rumah dia....

Emm buka kek suka Aqil nengok kek Ben 10, tapi Kakak Hasya lagi excited, sabar ajalah aku nengok eh. Dah potong² kek bagilah kawan² Aqil dan Kakak Hasya makan....

Ni antara gambar-gambar masa Small Celebration Birthday Aqil....

Ni Jajan buat kengkawan Aqil

Tengah menunggu untuk Aqil potong kek....

Aqil potong kek dia, tapi kakak tumpang sekaki....



Kek Birthday Aqil....

HAPPY BIRTHDAY 2 YEAR'S OLD AQIL HAQIMI...
WE LOVE U

FROM UMI, AYAH AND KAKAK HASYA

12 April 2011

Training @Hotel Allson Putra Nilai

Minggu ni aku ada training sistem SPMOKU (Sistem Pembangunan Maklumat Orang Kurang Upaya) di Hotel Allson Putra Nilai. Memandangkan tempat tu aku tahu so malas lah nak booking transport office, baik aku gi sendiri jer, senang aku nak balik atau nak keluar gi memana nanti.

Training ni selama 4 hari dari 11 - 14 April. So seronoklah aku leh keluar dari ofis. Cuma kena tinggalkan anak2 ajalah, sebab dorang ni jarang kena tinggalkan.... emm pepandai ayahlah nanti.

Masalah pulak bila pengasuh minta cuti hari rabu dan khamis sebab anak dia nak buat operation, so kitorang terpaksa cari jln lain nak hantar anak kemana sebab abg tak leh cuti sampai 2 hari, call mak kat kampung dia kata hantar jer lah balik kampung. Tapi dia nak gi hospital lak hantar zaty, so call lak Induk Siah kot Along dah mula cuti untuk jaga satu hari jer, rabu tu. Dia kata Along dah cuti, lepas tu dia pun leh cuti gak sebab nak jaga anak-anakku. Fuh!! lega sungguh rasanya. Bolehlah eida gi ngan tenang.

Harap-harap semua ok dan berjalan ngan lancar.....

06 April 2011

Balik Kampung + Mandi Manda di Ulu Bendul

Weekend baru² kami sekeluarga balik kampung.... balik kampung Abg lah sebab dah lama rasanya tak balik ke sana. Mak pun dah call tanya bila nak balik. Gerak balik pun dah lewat, pukul 10am baru keluar rumah. Selalunya kitorang balik mlm tapi mlm tu abg ada Tournament Badminton, pasal itu tak leh nak balik malam, dah keluar lewat gi lak breakfast dulu kat restoren dekat ngan masjid Sri Damansara tu. Kalau nak makan pagi kat situ jer yg sedap... harga pun sedap... tapi tak kisah janji puas hati.... emm gerak balik ikut Highway PLUS, emm jammed jugak. Sampai kat kampung hehehe petang jugaklah, sebab singgah kat Giant Senawang pulak, Aqil berak so kena cuci.... emm rehat jap. Akhirnya sampai kampung pukul 2 lebih.

Rupanya ada dua org adik abg balik, yg duk Tanjung Malim dan yang duk kat puchung tu. Sesampai jer dorang sedang siap² nak gi mandi kat Ulu Bendul lak. Aduh hai, kalau tahu tadi kitorang tunggu kat situ jer. Emmm abg tak sempat hilang penat kena drive lagi... hehehe tak kan kitorang nak duk lepak rumah lak. Ikut jer lah, tapi masalahnya mana ada bawa baju mandi Hasya dan Aqil. Tapi pergi ajalah hai... pakailah baju yg ada jer.

Sampai sana bila Hasya dan Aqil nampak air tu tak sabar nak mandi. kolam tak menarik sangat sebab air sungai keruh sikit, so tak adalah cantik airnya macam kat wet world atau sunway ker, emm airnya memang sejuk giler.... dah lah dah petang lak tu. Suruh abg tukar baju temankan anak tapi tak nak pulak, so kenalah aku jawabnya. Emm seronoknya Hasya dan Aqil sampai ajak tukar baju nak balik pun tak nak. Last-last pujuk barulah dia nak.

Balik rumah masing² dah kepenatan.... kitorang ramai² berhenti makan "ayam panggang kenyalang" kat tepi jalan Melang tu aja. Senang balik nanti tak yah pikir² nak masak atau nak makan apa. Bila sampai jer rumah anak² dah penat, Apa taknya seharian duk jln jer.... cepat tidonya dorang malam ni.....




New Phone !!!

Sekarang ni aku dah guna Samsung Wave II.... hehehe sambar satu yang baru.... ingatkan nak ambik Blackberry Torch yang latest tu, tapi rupanya ada yg the latest dari tu lagi.... emm taraaa.... bestnya, tapi kena byk explore dulu sebab dia guna software baru.... namanya bada... aku pun tak tahu apa benda nya... baru nak belajar².... abg lak ambik samsung ace... guna software android.... tu dah biasa yg guna... tak apalah yg penting explorer dulu....

29 March 2011

Bulan Kursus dan Bengkel

Rasanya Bulan ni ada beberapa hari jer kot aku ada kat ofis.... emm bukannya apa, kebetulan pulak awal2 bulan gi bercuti, lepas tu keja sekejap dapat lak kursus kat Intan Bukita Kiara Kursus Specialist Microsoft Access Specialist.... itu aja dah 6 hari... siap ada exam nak dapat sijil dari Microsoft tu. Hehehe nasib baiklah lulus dan boleh dapat sijil tu. Sebab ada gak yg tak lulus so tak dapatlah sijil dari Microsoft. Sijil dari Intan still dapatlah. Habis dari kursus tu keja dlm 4 hari lepas tu ada lak Transfer of Technology bagi Sistem Baru kat HQ.... aduh nasib baik buat kat HQ jer. Malas rasanya nak pergi kalau jauh2 tu. Tapi negeri2 lain kena turun KL lah jawabnya. Habis lah sebulan ni.... emm seronok jer tak duk kat ofis, tapi lepas tu tengoklah memacam benda atas meja nak kena tengok dan buat..... apapun yg penting aku happy...