06 October 2010

Duit Raya!!!!

Dalam sedar tak sedar rupanya dah dekat habis raya sebulan ni.... memandangkan hari ni aku mc, nak mengemas rumah dan sebagainya sempat gak ku buka laci yg simpan duit raya anak2 aku....
hehehe apa lagi excited lah nak kira.... ish boleh tahan gak banyak nya.... best nya jadi budak2 sekarang ni boleh dapat banyak duit raya....

Alhamdulillah itu rezeki anak2.... so bolehlah aku simpan dalam akaun tabung haji diorang ni.... dlm banyak2 bank aku lebih berminat nak simpan duit diorang dalam tabung haji.... senang kot. Lagipun aku nak buat potongan gaji saving kat akaun diorang ni.... sikit-sikit pun banyak jugak nanti. By the time diorang nak belajar nanti tak yah nak buat pinjaman utk belajar.....

04 October 2010

Innalillah.... Semoga arwah ayah mertuaku selamat di sana

Kisah sedih dan mengejutkan kami semua.... bapa mertua telah pergi buat selama-lamanya......
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Ia berlaku semasa aku sekeluarga pergi beraya ke rumah kawan merangkap melawat kawan yang baru jer bersalin dapat baby baru. Emm tengah syok sembang², tetiba abg dapat call, tapi aku ni tak tahu cerita ok jer mulanya.... tapi nampak muka dia lain macam dan ajak balik. Yang aku ni dah lama tak jumpa kawan duk leka lagi, kalau dia bagitahu aku dah bangun balik dah. Dah 2 ke 3 kali ajak aku balik. So aku pun balik, keluar dari rumah dia cakap ayah dah meninggal... terperanjat nya sebab masa raya baru² ni kitorang jumpa dia ok jer. Cuma sakit yang biasa tu ajalah, tp dah nampak makin baiklah.

Emm so apa lagi terus balik rumah nak packing dulu, confirm kena cuti dlm 2-3 hari jugak. Dugaan Allah jalan jammedlah pulak, ambik masa satu jam gak sampai rumah. Anak² dah penat dan mengantuk, apa taknya dari petang tadi keluar jalan sampai ke Bukit Mahkota dah lepas tu mengamuk nak susu dan nak tido. Aku lak sibuk nak packing baju, minta abg packing botol² susu dan susu diorang. Botol kena bawa lebih mana sempat nak cuci setiap kali nak susu. dah siap dalam pukul 12am gak kitorang gerak balik. Aku masa on the way memang lenalah jawabnya. Anak² pun sama kasihan abg drive sorang.... sampai kat Senawang sama lak sampai dengan Abg Sagap (Abg nombor 3) dia dari Tanjung Malim. Emm adalah geng abang drive balik sampai ke rumah dia. Sesampai sana semua dah duk atas mengaji dan sedekahkan untuk arwah. Anak² aku lena terus angkat tidokan kat dlm bilik, emm mana dapat jer lah. Tak lama lepas tu ramai dah lah yg sampai.

Pagi tu semua dah diberi tugasan, yang uruskan pasal permohonan permit, nasib baik malam tu Abg Long dah uruskan yg mana patut. Hari ni abang antara orang yang sibuk, so aku kena uruskan anak²lah. Nasib baik anak dah besar sikit so tak adalah suah sangat. Emm mak, adik dan mak saudara aku pun dtg ziarah jugaklah. Urusan pengebumian selesai sebelum Zohor, Alhamdulillah semua dapat tengok, termasuk adik ipar aku yg belajar kat Kelantan tu....

Aku dan abg ambik cuti sampai rabu jugaklah sampai selesai majlis tahlil untuk 3 malam.... kasihanlah mak mertua duk sorang jer lepas ni. Semoga semuanya Selamat....

Continue Cerita Raya

Raya ke tiga....

Pagi ni kat rumah Uwan Johol, kitorang semua nak pergi kenduri kat Rumah Angah di Tampin, sebab bertunang Along (sepupu abang) emm anak demam ke tak kena pergi gak lah!!! harap² Aqil ok dah lah hari ni.... ubat dah banyak makan tapi tak jugak !!! dah bersiap dekat pukul 12pm gak ke sana, sesampai sana orang dah makan dah lah!! apa lagi perut lapar terus ambik makanan, tp bagi anak makan dulu lepas diorang makan barulah aku leh makan lak.

Lepas makan rombongan meminang sampai, emm aku tak ambik kisah sangat pun, lebih kisah kan anak, emm dah panas semula badan Aqil lepas tu dia nak tido, nasib baik ruang bilik rehat tu tak ada orang baringkan Aqil kat situ. Dia tido lena gak lah, kasihan dia.

Dah habis majlis, ikutkan petang ni ada reunion geng² aku masa sekolah dulu, emm dah plan nak jumpa diorang dah. Tapi Aqil demam merengek jer. Kebetulan ada lak dukun, hehehe biasalah kat kampung kena lah berubat cara kampung lak, emm ngan tawar air dan sebagainya.... dalam pukul 5pm gak baru nak gerak jumpa geng² aku, tp jln Masyaallah jammed teruknya ikut jln sana jammed, sini pun jammed. Emm tak ada rezekilah jawabnya.... terpaksalah patah balik. Terus kitorang balik ke rumah mak kat Lui Timur lak, emm mengangkut jer lah ke sana sini cuti panjang ni jawabnya.


Raya ke 4
Hari ni duk rumah macam biasalah, abg ajak gi jln raya ke rumah kawan aku dah 14 tahun tak jumpa tu. Call dia rupanya rumah dia tak berapa jauh dari rumah mak mertuaku. So apa lagi janji ngan dia nak dtg tengahari ni. Hehehe anak dalam tak sihat pun jalan sakan jugak, tak sabar nak jumpa kawan lama tu dan baik sangat masa sama dengan dia dulu, akhirnya dalam tengahari sampai jugak aku kat rumah dia, emm biasalah duk kat kampung rumah buat atas tanah sendiri punyalah besar dan cantik rumah dia, emm kalau kat KL tak tahu berapa ratus ribu kalau macam ni punya besar. Emm dah jumpa dia buat nasi dagang... dia ni bapak orang kelantan, mak dia orang NS so masakan sana pun terror gak lah buatnya. Sedap aja makan sambil sembang², nasib baik abg leh joint sekali. Emm dah agak lama kitorang pun baliklah, singgah klinik jumpa doktor bawa Aqil. aduh hai stok ubat Aqil tak tahulah berapa banyak dah. Emm tapi hari ni dah nampak kurang demam tp yg masih tinggal berak² aja lak sampai merah dah. Petang duk lepak rumah jer lah....

Raya ke 5
Hari ni memang tak ada kemana, mananya nak pergi ke sini dah macam tak raya aja dah. Emm cuti panjang lak lagi. Emm ntah camana mood abg baik ajak balik kampungku semula. Emm aku pun ok jer, so apa lagi petang lepas dah makan aku packing balik ke Talang semula. Hehehe aku punya saudara terdekat masih ada lagi rumah yg tak pergi lagi ni. So macam biasalah terus balik ke Talang. Abg balik sana bukannya apa, adikku Ayoi still cuti lagi, dia kaki memancing so kalau balik sana dia leh pergi memancing. Itulah tujuan dia sebenarnya. Sampai jer dia tak lengah terus gi mancing. Tp aku tak kisah kalau dah kat rumah aku, gi lah mancing lama mana pun. Malam tu call Induk Juriah tanya samada ada kat rumah ker tak? Dia ada so mlm lepas magrib gi ke rumah dia, bawa ayah sekalilah. Sampai sana confirm makan nasi punya, hehehe makan saja. Kak Lang (sepupu eida duk kat sana gak) buat majlis harijadi anak dia, dah kebetulan kitorang ada sana terus dia jemput ke rumah dia lak, emm makan lagi. Tapi dah tak larat dah kenyang sungguh rasanya.

Raya ke 6
Hari ni last kot jalan raya kat kampung rumah Uwan sebelah ayah lak, emm Uwan tu pun dah tak berapa sihat jugak tu. Pagi dlm pukul 11.00am, sampai sana orang lain semua dah balik belaka, tak kisahlah sapa ada pun janji kitorang datang beraya. Sampai sana Maktih marah sebab kitorang selalu datang serbu jer... hehehehe kenalah dia masak lagi. Emm kitorang datang bukan nak makan cuma nak jenjalan jer... dah dia nak masak ok jer... Hasya dan Aqil lari aja... lantak koranglah rumah besar.... lepas makan baru balik rumah semula. Petang lepak jer lah kat rumah. Malam lepas makan malam balik KL, abg hari jumaat kerja lak, kalau tidak boleh lepak kat kampung lagi.

20 September 2010

Raya 2010....

Cerita raya.... ouh !!! memang raya kali ni kurang seronok, sebabnya lepas aku baik dari demam, Aqil lak yang demam, emm berjangkit² lepas sorang sorang.... nak kata camana, akalu Aqil demam dengan aku² pun sama tak leh tido gak lah!!! kasihan sungguh.... dia jarang demam sekali demam selalunya teruklah.... sehari sebelum raya orang sibuk nak masak memasak, nasib baik makcik aku raya sama kali ni, so adalah org nak nolong mak masak lemang dan rendang kat dapur tu... aku tak leh kata apa dah lah dah lah aku pun kurang sihat tambah lagi ngan anak... lemah sungguh rasa badan ni.... yg aku tak tahan batuk aku tak baik lagi....

Hari ni lak panasnya tapi tetap pose gak, tahan jer lah lagipun hari last.... emm masa buka pose dah lah batuk.... aku bantai gak minum air batu.... emm lepas tu tanggung jer lah batuk yang tak henti², makan ubat dah dekat sebotol tp tak gak baik..... aduh menyesal tak sudah... dengan anak demam panas jugak suhu badan cecah 39C.... sabar ajalah

Raya Pertama....
Pagi ni bangun bersiap macam biasalah, yg lelaki sibuklah nak gi sembahyang raya kat masjid, yg perempuan..... duk sibuk mengemas dan aku lak biasalah sibuk menyiapkan anak bujang dan anak daraku.... hehehe puas hati, Aqil pakai baju melayu siap samping dan songkok sekali, jenuh cari samping Aqil tu, akhirnya dapat gak saiz xs dan warna yg kena ngan baju melayu dia.... yang kakak Hasya lak, alamak hai camana leh lupa belikan tudung dia, emm sibuklah nak pakai tudung bila nengok semua org pakai tudung, nasib baiklah ada tudung kecik maksu dia punya color hitam yg dah tak pakai, hehehe ngam² jer kat Hasya... barulah dia puas hati.... alahai anak Umi.... lepas diorang balik dari solat raya, minum pagi dulu, lewat gak makan nasi impit dan lemang hari ni, lepas tu acara salam² minta ampun dan maaf... dan collectuion duit raya utk anak² aku.... hehehe ramai ni....

Hari ni jumaat, so masa nak jln pun terhad gak lah, dalam pukul 12 kitorang jalan gi ke rumah dekat² jer... yg penting rumah saudara mara yang wajib jer.... tak yah bawa kereta kitorang jalan jer ramai²... kat area masjid jer dah ada 4 buah rumah yg kena pergi... aduh hai anak tak berapa sihat bawa gaklah... lepas tu bila time sembahyang jumaat yg lelaki terus gi masjid, sebab dekat jer... kitorang teruskan jalan... dah selesai balik rumah, penat sungguh.... balik rumah perut pun dah kenyang makan macam².... ada lak saudara mara dtg rumah.... petang pukul 5pm kitorang sambung jln semula.... mulanya pergi ke rumah jiran depan rumah tu, Mak Mok mesti ada ketupat daun palasnya... abg suker ke sana leh makan ketupat daun palas sebab gi rumah yg lain kebanyakan hidang lemang jer... lepas tu pergi ke rumah Pak long.... emm rumah dia tutup lak, tak ada orglah kat rumah, so kitorang teruskan jalan raya ke rumah Pak Tih pulak, emm jln saja hari ni.... sampai sana dah malam, lepas magrib tu kitorang dihidang mee goreng panas, sebab paktih pun baru balik dari jln raya... lepas tu kitorang serbu lak rumah dia... tp dah cukup kenyang dah hari ni makan jer. Lepas tu balik rumah memang dah penat giler, anak pun demam kejap ok bila makan ubat, lepas tu dah hilang ubat demam semula, kasihan betul nengok Aqil. Hasya dah ok dah lah....


Raya Kedua....
Hari ni memang tak ada kemana² turn saudara mara datang ke rumah lak, so layan ajalah tetamu yg dtg, hari ni kitorang masak lontong, ikut sapa yg datang awal dapatlah makan, kalau tidak hidang kuih raya jer lah, nak masak memasak memang dah tak larat dah. Anak aku lak demam lagi, kasihan sungguh, dah banyak ubat makan dah.... naik risau pun ada gak. Petang ni dah nak gerak ke rumah Nenek Abang lak kat Johol, emm mengangkut jer lah keja kitorang ni. Emm sempat gak jln raya kat rumah kawan abg masa on the way ke sana. Sekejap ajalah sebab anak tak berapa sihat. Sampai kat rumah Nenek Abg, rilek jap lepas magrib gi jln raya kat rumah mak ngah sebelah tu, confirm byk makanan. Malam ni siap hidang nasi goreng panas² lagi... lepas dah makan tu abg dah janji lak ngan kawan dia lagi sorang nak ke rumah dia mlm ni, p sempat gak gi klinik bawa Aqil, mak aii ramainya org sakit, lastnya kitorang beli ubat jer. Jalan lak ke rumah kawan abg, tp sekejap jer lah dah malam, bagusnya wife kawan dia siap dia buatkan makanan utk anak kitorang yg tak pedas lagi.... nak gak lah Aqil makan sikit. Hasya dah tak ada masalah dia makan ok jer. Lepas tu balik rumah....

Raya Ke Tiga...

to be continue.... panjang sangat cerita raya ni....

Nak Raya !!!!

Ni cerita sebelum raya.... kalau ikutkan aku mula cuti raya dari 8 Sept - 17 Sept dan kalau diikutkan aku ambik cuti 6 hari dah boleh bercuti 12 hari... wah seronoknya cuti panjang betul. tapi masalahnya abang lak cuti sampai 16 sept jer... nampak gaya boleh balik awal sikit.... lagipun nak pindah rumah lak boleh packing brg nak pindah nanti....

Hari 6 hb tu keja macam macam biasa... ada meeting lak... ish bosan nya orang dah mood nak raya tetiba ada meeting yg memang membosankan.... what to do... boss dah pilih tarikh tu... hasya lak demam, kalau tak ada meeting mahunya nak EL sebab kasihan nengok dia... masa duk dlm meeting pun message kat kakak tu tanya Hasya camana?.... emm panas lagi... nampak gayanya aku kena baliklah utk ambik dia.

So kiranya hari ni petang lepas habis meeting balik rumah.... sempat lagi singgah kat tesco tu.... hehehe beli brg rumah jap.... dah selesai balik rumah...

emm malam tu pulak, bila hasya dah ok, aku lak rasa badan lain macam jer.... aduh hai dah risau dah ni, jangan aku yg demam dah lah.... makan ubat panadol sebelum tido tu.... lepas tu pagi esok bangun sahur, confirmlah aku lak yg jangkit demam lak.... tp bangun gaklah siapkan makanan utk sahur, dah siap kejutkan abg makan, dan aku mkn sama lah... dah subuh aku baring semula sebab dah tak sedap badan, tambah lak batuk ada jugak, sakit tekak semuanya ada. Emm aku nak bersiap gi keja pun dah tak ada mood.... tp hasya nampak dah ok, aku tetap hantar kat rumah kakak tu.... emm kalau tdk nanti byk cutilah kakak tu sebab bayar tetap sama jer.... dah hantar diorang aku balik rumah semula, wah tak larat sungguh dengan rasa sejuk sesangat, kepala sakit dan batuk semua adalah.... emm dah lah kuih raya yg order kat budak ofis tak ambik laei.... emm tak ada pilihan, nasib baik Kak Ras yg duk kat area rumah ni keja gak, minta tolong dia ambik dan bayarkan dulu, mlm nanti aku gi lah ke rumah dia ambik kuih tu, tp kasihan gak, kalau dia balik naik bas nak bawa kuih tu lagi nanti..... nasib dia kata ok jer... lega dah lah....

Dah tengahari aku memang tak leh bangun, call abg suruh dia balik tengahari ni hantar aku gi klinik. Tak tahan sungguh, nak mengemas balik kampung esok pun tak buat apa lagi ni.... bila abg balik tengahari tu gi klinik dulu, check suhu badan doktor kata tinggi suhu ni.... aku kata aku buka puasalah jawabnya nak makan ubat, tak tahan dah ni. Makan roti jer yg lalunya, lepas tu makan ubat aku pun tido, emm dah kebas sikit demam pukul 4pm baru aku leh bangun... emm baru rasa segar sikit..... aku pun kemaslah brg apa yg patut. Petang tu buka pose beli jer lah, dah tutup dapur dah lah esok nak balik, stok pun tak ada sangat dah. Abg balik ambik bebudak ni. Lepas tu buka pose pun abg order kat family tomyam jer, mlm tu lepas abg dah selesai terawikh, barulah aku gi ambik kuih raya kat rumah Kak Ras dan kat rumah makcik aku.... emm esok nak balik dah lah.... raya ooo raya !!!!