25 August 2014

Raya 2014

Wah !!! lama sungguh rupanya tak update blog ni,....
Dah nak habis raya, baru nak cerita pasal raya.

Tahun ni raya pertama sebelah keluarga aku, balik kampung nak beraya balik pagi² hari sabtu pada 26/7 tu. Alhamdulillah perjalanan lancar sampai kat Bukit putus, sangkut sikit. Kalau balik kampung kami selalu masuk Lekas, walau agak jauh nak masuk ke Lekas tapi agak berbaloi sebab tak jammed dan lagi cepat sampai berbanding ikut Plus. 
Kat kampung hari sabtu tu rupanya mak dan beli bahan nak masak rendang ayam, dah settle satu masakan. Malamnya pulak masakkan rendang daging. Jadi esok hari kami cuma nak masak lemang ajalah. Tak adalah terasa berat sangat bab masak memasak pada hari ahad tu.

Raya 1.
Selepas solat raya, selalunya kami akan minum dan makan² dulu. Aku baut menu tambahan pagi ni. Spageti bolognese, emm so sapa yang datang ke rumah hari ni ada 2 pilihan samada nak makan lemang + rendang ayam /daging dan spagetti. tak leh masak banyak sangat bukan semua orang suka pun. Dah makan² acara salam bersalaman dan bermaafan sama mak ayah dan adik beradik. Lepas tu kita pusing rumah saudara mara yang wajib dulu. Pertama rumah sebelah adik beradik ayah kat Kg. Purun. Dorang berkumpul kat sana so senang sekali jumpa jer, lepas tu pergi ke rumah sepupu mak yang rapat² kat sebelah baruh tu ada 2 rumah, lepas tu ke rumah Mak Long, last ke rumah Mak Mok yang dekat ngan rumah. Habis satu pusingan petang ni. Dah selesai balik rumah dulu. Petang tu rumah kitorang lak kena serbu, itu biasalah. Sebelah malam pergi ke rumah paktih dan induk juriah, habis satu bab lagi.








Raya 2.
Pagi ni aku sekeluarga nak pergi ke area Johol rumah sebelah abg lak. Sebelum pergi kengkawan sekolah sekampung call nak datang beraya. So apa lagi, dari nak gerak dari pagi dah jumpa kengkawan ada 3 geng yang rapat datang terus gerak lepas zuhur. Lama sungguh tak jumpa, memasing still maintain lagi... wah hebat kengkawan aku ni, tapi memang best lah dapat jumpa. Anak² yang baru kenal leh berkawan macam dah pernah jumpa jer sebelum ni. Dorang dah balik baru ke Johol, jalan² ke sana adalah dlm 5 biji rumah, wah tak larat nak makan dah la, tapi ziarah aja. termasuk ke rumah kawan² abg. Malam lak, kawan abg dari Melaka nak datang ke rumah kitorang, sakan betul hari ni. Kawan abg balik pukul 11.30pm. Anak² eida dah tido memang penat sungguh la tu. 



Raya 3.
Hari ni turn kawan² nak beraya ke rumah lak, menu simple jer masak mee kari + agar² cocktail. Dah siap dorang datang dalam tengahari sampai petang. Pukul 4.00pm kitorang lak jalan ke Lui, bawa mak dan ayah serta adik beradik. Pergi ke rumah Mak Ngah dulu, lepas tu ke rumah mak mertuaku. Bila mak dan ayah dah balik kami stay sini la. Raya sebelah sini pulak.

Bersambung...............

30 May 2014

Family Gathering 2014 @ Fraser Hill

Kali ni lagi sekali family abang berkumpul bersama-sama di Fraser Hill, kat situ jer yang ada bunglo besar yang kitorang boleh sewa murah untuk berkumpul, tapi yang tak lalunya bila nak naik ke sana jalan berliku². Pada sesapa yang tidak tahan confirm boleh muntah dibuatnya. Kali ni yang pergi ada  5 family semuanya dah berkahwin, yang bujang 3 lelaki tu tak dapat join sebab semua ada keja. So sapa yang dapat jer lah. 5 Family ni pun dah penuh rumah ni.

Pepagi sabtu tu Mak, family Along dan Abg Sidol datang ke rumah kami dulu. Emm dorang sampai kami semua tak siap lagi, semangat sungguh, so kena tunggu kitorang siap baru gerak ke sana, family Kakak dan Anjo tunggu kat Kuala Kubu, kami ikut jalan sana nak naik Fraser. Sampai sana sedang elok masa untuk check in dlm 1.30pm. Sesampai sana dah memang kelaparan, kalau datang sini kena bawa stok makanan banyak² sebab kedai tak berapa banyak, masing² bawa sikit² rupanya penuh meja tu. Rendang ayam jer ada 2, satu Along buat satu lagi Kak Shidah buat, kuih muih Anjo bawak memang banyak sungguh, semua order. Aku bawa jugak kek  batik jer. Yang paling malas masak aku la, tak sempat sebab semalam balik dah lewat. Hahaha itu alasan, kalau aku bawak lagi banyak lak makanannya.

Dah makan² lepak sembang² dah penat masing² ambik satu family satu bilik, puas hati di sini bilik besar² setiap bilik ada set sofa + tv, katil queen dan single dan bilik air masing². Di sekitar kawasan rumah ada playground, court badminton, gym tp yang simple jer la. Mak² dan bapak² memasing dah kenyang + sejuk lak apa lagi tido jer ptg tu. Anak² confirm tak tido asyik main jer la sampai ke malam.

Sebelah malam kami buat BBQ, punyalah banyak. Ingatkan tak habis rupanya dalam sedar tak sedar tu boleh habis di makan, kot ada lebih pun sikitlah, esok pagi boleh buat breakfast.

Esoknya pulak, breakfast buat sandwich dan habiskan stok makanan yang ada sebab pukul 12.00pm nak check out dah. Plan nya lepas tu terus pergi ke rumah Anjo sebab rumahnya tak berapa jauh dari Fraser Hill ke Tanjung Malim.

Ini la bunglonya
Masing² dah kelaparan... makan dulu
 Ruang tamu untuk lepak²
 Ruang makan
 Tempat BBQ yang memang disediakan di luar 

 Playground untuk anak-anak
 Gym untuk buat senaman ringan



 Tangga nak naik ke tingkat atas
 Kami sekeluarga bersama mak
 Posing Kakak Hasya
Keluarga Besar Kami 
 Lepak² dan posing² jap



 

15 May 2014

Q-Dees Annual family Day 2014

Cuti hari buruh tempoh hari adalah Family Day + Sports Day untuk Tadika anak aku. Kali ni di buat di Taman Layang-Layang Kepong tu. Pepagi lagi dah siap gi breakfast dulu kat Restoren Tempayan baru gi sana, kalau tidak lapar lak nanti. Sampai sana ada ada dua pintu masuk, kitorang masuk yang pertama patut tak jumpa, dorang buat yang masuk pintu kedua tu. Sampai sana dah parking terus ke sana, Hasya rumah Hijau, Aqil lak rumah merah. tapi nasib baik rumah merah dan hijau khemah nya sebelah menyebelah. Emm dan kitorang terpaksa bagi lah Aku beli t'shirt merah dan abg hijau. Semuanya sekolah tu jual nak support anak memasing. Support jer lah, mulanya pun dah lewat dah kepanasan dah pun. Anak² eida dah berpeluh² dek peluh bermain² ngan kengkawan eh. Aqil rumah merah, rupanya anak Ako Mustapha pun sama kelas ngan Aqil rupanya, dia pun ada sama jugaklah. Emm sakan teacher memasing ni. Acara perbarisan, lepas tu sukaneka untuk student, lepas tu untuk parent dan acara untuk parent dan anak. Best jugak tp dah cuaca panas menyebabkan kurang selesa. Dah selesai hampir pukul 2pm jugak. Tapi kitorang balik awal lepas anak² dah selesai penyampaian hadiah. Emm menang atau kalah hadiah nya sama jer. Tapi tak tahan baliklah, Aqil pun dah kepanasan dan tak sabar². Balik tu dlm keter masing² dah tido kena aircond... berhenti makan kena kejutkan sampai marah².... mahu taknya tengah syok tido....

 Rumah Merah
 Rumah Hijau

 Acara Perbarisan 

 Aqil masuk acara sukaneka
 Parents and Kid

 Kakak Hasya buat persembahan
 Acara Penyampaian Hadiah

 

30 April 2014

Happy 10th Anniversary To Us

Hari ni 30 April 2014, so genaplah 10 tahun usia perkahwinan kami. Syukur Alhamdulillah di atas semua kurniaan rezeki dan rahmat yang diberikan Allah. Semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat. Syukur tak terhingga juga kami telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang memeriahkan lagi keluarga ini. Terima kasih buat suaminya yang sabar melayan karenah isterinya ini. Semoga abang menjadi tauladan dan membimbing Ummi dan anak-anak. Love u forever and ever....




29 April 2014

KL Birds Park

Sempena birthday Aqil yang jatuh pada hari Ahad, so nak celebrate kat sekolah, jadi hari ni 20 April, bawak lah dia jalan² ke Taman Burung, dah lama tau tapi tak pernah lah pergi. So sebelum pergi tu google jugaklah dulu tengok harga tiket dan sebagainya. Emm boleh tahn gak harganya, dah namanya pun yang terbesar kan, emm usah kira harga nanti semua tak leh pergi so kalau nak pergi tu pergi jer. Keluar rumah ok jer cuaca, tapi dah on the way hujan pulak, harap kat sana nanti tak hujan atau tak lebat sangat. Sesampai sana hujan renyai² jer, dah beli tiket harga dewasa RM25 dan Kanak² RM12, dah membeli terus masuk jalan² memang agak luas dan besar so sesapa yang nak pergi pakailah kasut yang bersesuaian.

Emm burung²nya memang banyak ada yang dikurung dan banyaknya yang bebas. Tapi tak ada penerangan detail menganai burung² tu. Ok lah tapi bagi aku sekali pergi cukuplah kot. Lagi satu dengan kawasan yang agak luas banyak sangat jalan² yang perlu dilalui tanpa ada tanda arah, so pepandai sendiri nak jalan arah mana dulu mengikut map yang diberikan.

Harga makanan dan minuman agak mahal jugak, harga air tin pun cecah RM4.50 nasib baik ada bawa bekal air kosong. Emm tapi kalau dah dorang nak makan tu beli jugaklah, berpeluh² satu badan berjalan, walaupun cuaca hujan still rasa panas. Ada show pukul 12.30pm tu tapi masa kitorang sampai kat area tu hujan lebat lah pulak, so sekejap jer dorang buat show tu. Kitorang cari tempat berteduh kat Education Station. Lepak situ jap sampai hujan reda, lepas tu dah kepenatan perut dah lapar, kitorang pun keluar dan cari makan lak, emm bila tanya Aqil nak makan apa hari ni, special request dari Aqil, jawapan Aqil senang jer "makan nasi". Alamak hai birthday boy minta nasi jer. Emm lastnya kitorang bawa dia makan kat Pizza jer lah. Aqil... Aqil..